Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 April 2011

Shahidan Kasim Tidak Patut Lawan Pegawai Kanan JAKIM Isu Kedatangan Imam Sudais Ke Malaysia !!!





1. Mantan MB Perlis diberitakan adalah Bapa Mertua Dr Asri Zainal Abidin yang merupakan bekas Mufti Perlis sebelum ini. Harap dapat betulkan jika Panglima salah dapat info. Tahniah kepada Datuk Seri Shahidan kerana mempunyai menantu yang memiliki Phd dalam bab agama serta popular pula di negara kita. Selepas tidak lagi menjadi MB Datuk Seri Shahidan kerap dilihat turut serta dalam program aliran salafi wahabi.Keseriusan beliau mengembangkan Salafi ( jangan tak baca sebagai wahabi ) adalah dipuji meskipun beliau sepatutnya lebih banyak perlu mengkaji lagi tentang pandangan Ulama tentang Wahabi. Namun kita faham hubungan kekeluargaan mungkin menyulitkan situasi. Doa kita Allah membuka pintu hati beliau untuk melihat ilmu yang haq bukan terpesoan dengan ilmu yang boleh merugikan beliau di akhirat kerana merosakkan akidah dan bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


2. Pegawai Kanan Jakim yang dimaksudkan Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengkritik lawatan Imam Sudais ke Malaysia atas faktor KEMUNGKINAN cuba menyuntik fahaman wahabi ialah Ustaz Zamihan iaitu Pegawai JAKIM yang bertugas di Institut Latihan Ilmu Ilmu Islam atau (ILIM). Beliau dengan lantang telah mengeluarkan kenyataan berkenaan lawatan Imam Masjidil Haram Mekah yang datang ke Malaysia selama lima hari yang berakhir Ahad lalu (24 April 2011) dikhuatiri untuk membawa fahaman wahabi secara halus.

3. Kata Ustaz Zamihan : “Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain. “Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata . . . ada tangan . . . ada kaki . . . itu semua kita tidak boleh terima,” kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu. 

Beliau juga berkata : “Saya tidak kisah jika beliau (Sheikh Abdul Rahman) hadir ke Malaysia membicarakan tentang dakwah, pembangunan modal insan dan tamadun Islam, malah saya juga menyanjungi atas usaha-usaha itu. “Namun jika beliau hadir dalam seminar Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah bertujuan untuk memberi sokongan dan kredit kepada jurucakap-jurucakap berfahaman Wahabi dan menyokong dakwah Wahabi, itu adalah sesuatu yang tidak wajar kerana fahaman Wahabi tidak diterima di negara ini, fahaman Wahabi bukan mazhab yang setaraf dengan mazhab muktabar Ahli Sunah Waljamaah,” katanya.

4. Shahidan Kassim dalam video yang dirakam Minaq Jinggo semalam (klik sini) membalas kenyataan tersebut menyatakan beliau tidak dapat menerima kenyataan seorang pegawai JAKIM yang jelas mahir tentang selok belok akidah kerana memiliki latar belakang agama yang jelas. Kenapa seorang bekas MB dan ahli politik yang tidak mempunyai kemahiran dalam agama mahu menyanggah pendapat seorang ilmuan agama yang berada di kedudukan untuk menjaga akidah umat Islam ? Pendapat beliau sekadar membuat peringatan agar dijadikan iktibar kepada umat Islam yang lain dari terjebak dengan fahaman salafi wahabi yang ditolak oleh majoriti ulama Islam yang muktabar. Jika rakyat dihilangkan keyakinan terhadap ahli agama yang berjawatan rasmi dalam jabatan yang menjaga agama Islam maka siapakah lagi yang boleh membantu mereka dalam hal ini?

5. Tindakan Datuk Seri Shahidan bukan hanya akan merendahkan martabat dirinya sendiri bahkan parti UMNO sendiri apabila cuba mengkritik pegawai agama JAKIM yang mahir dan arif dalam agama dan perbuatan ini boleh mengundang persepsi negatif rakyat yang menolak fahaman salafi wahabi terhadap Kerajaan dan Barisan Nasional. Kedangkalan beliau membuat kenyataan membalas kenyataan Ustaz Zamihan perlu dikecam kerana ia datang dari seorang pemimpin tertinggi Umno yang tidak mempunyai sebarang kapasiti untuk mengkritik pegawai kerajaan yang bertanggungjawab dengan akidah umat Islam.

6. Lagi tidak patut Shahidan juga mahu JAKIM mengambil tindakan terhadap Ustaz Zamihan yang ternyata telah banyak berjasa memerangi fahaman sesat di Malaysia termasuklah fahaman salafi wahabi yang telah memecahkan perpaduan umat Islam. Shahidan juga patut baca bagaimana kita menghormat agama lain termasuk fahaman Syiah TETAPI kita tidak boleh menerima atau membenarkan ajaran ini berkembang di Malaysia. Adakah ketaksuban kepada fahaman Salafi Wahabi membuatkan Shahidan sanggup buat sedemikian rupa ? Moga Allah bagi petunjuk kepada beliau.

7. Kedatangan Imam Masjidil Haram satu penghormatan untuk Malaysia dan kita menerima pujian Imam Sudai kepada kepimpinan negara kita dan mahu hubungan baik Malaysia - Arab Saudi dikekalkan. Tetapi kita perlu sedar menghormati beliau tidak bererti kita atau JAKIM mahu membenarkan fahaman salafi wahabi dalam diri Imam tersebut diamalkan di negara kita. Pandangan majoriti ulama yang menolak salafi wahabi perlu dipegang tanpa keraguan kerana IJMAK ULAMA adalah sandaran umat Islam selepas Al Quran dan Sunnah. Menerima kedatangan Imam Mekah seperti juga kita menerima Presiden China yang berfahaman komunis yang mana kita menolak fahaman komunis tersebut tanpa menjejaskan sedikitpun penghormatan kita kepada tetamu yang datang melawat negara kita.


Harap teguran terbuka ini dibaca dengan lapang dada oleh beliau dan penyokong serta peminatnya...




Link berkaitan :





2 ulasan:

Mae berkata...

Kalau kita TAK percaya Allah ada kaki tangan kepala macam manusia, kafirkah kita ?

Kalau berani kata Allah ada kaki tangan kepala, macamana rupanya ?

AhlusSunnah berpegang Allah itu tidak serupa makhluk ciptaanNya. Habis cerita.

wahabi kata Allah ada tangan kaki kepala tapi kita tak dibenarkan bayangkan macamana rupa kaki tangan kepala. Bodoh punya olang.

Dalam Quran, Allah pun larang kita bercakap tentang zatNya tanpa pengetahuan. Ini pulak mandai-mandai cakap Allah ada kaki tangan kepala.

Dulu Wahabi juga yang kata pembesar suara itu alat syaitan sehingga tak dibenarkan azan guna pembesar suara. Bodoh punya olang.

utk Mae berkata...

manhaj ahli sunnah wal jamaah yg sebenarnya, menetapkan sifat2 Allah sebagaimana yg Allah tetapkan utk diriNya, seperti sifat tangan, wajah & sebagainya. & manhaj ini juga berpegang dgn tdk boleh menyamakan sifat2 td seperti sifat2 makhluk. di sini, kita tidak boleh menyamakan sifat2 Allah seperti makhluk & dlm masa yg sama menetapkan sifat2 tersebut sesuai dgn kehendakNya.

Cari Blog Ini

Translate