Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Mei 2011

Kenapa PM Tak Kisah Pakatan Enggan Bubar DUN Serentak ??? Ini Jawapan Panglima


Najib: BN tak risau jika PR panggil PRU DUN berasingan


May 27, 2011
Perdana Menteri berkata BN tidak boleh mempengaruhi keputusan negeri-negeri yang ditadbir PR termasuk tidak membubarkan DUN masing-masing apabila kerajaan memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umum.
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Barisan Nasional (BN) tidak risau untuk menghadapi pilihan raya umum berasingan jika negeri-negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya ke-13 diadakan secara serentak.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, BN tidak boleh mempengaruhi keputusan negeri-negeri yang ditadbir PR termasuk tidak membubarkan DUN masing-masing apabila kerajaan memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umum.
“Kita tak boleh tentukan apa dia akan buat, kita cuma boleh tentukan apa yang kita boleh buat,” kata beliau dipetik Bernama Online.
“Saya akan bagi pandangan yang berat pada apa saya boleh buat,” kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini.

Pengerusi BN itu berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kerajaan negeri boleh menasihati Sultan atau Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan DUN atau tidak.
“Raja ada kuasa untuk menolak permohonan tapi tiada kuasa untuk membubar. Itu kedudukan dari segi perlembagaan,” katanya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini berkata, negeri-negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang tidak akan membubarkan DUN sekiranya kerajaan persekutuan membubarkan Parlimen tahun ini.
Kerajaan negeri Selangor juga pernah mengumumkan pendirian yang sama.
Dalam pada itu, Majlis Tertinggi Umno memutuskan simulasi pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang akan dijalankan pada pertengahan tahun ini.
Kata Najib, semua pemimpin parti akan turun padang untuk meninjau perjalanan sepanjang pilihan raya itu berlangsung bagi meningkatkan persediaan secara berterusan menghadapi pilihan raya umum.
“Simulasi (pilihan raya olok-olok) kita akan buat mengikut jadual pada pertengahan tahun ini. Itu (dibuat) berterusan dan akan ditingkatkan dalam usaha kita ke arah PRU-13,” kata beliau.
Najib bagaimanapun tidak menyatakan tarikh bagi melaksanakan simulasi berkenaan.
Ditanya mengapa pendekatan turun padang seperti yang dilakukan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam usaha mendekatkan diri dengan rakyat tidak diamalkan pemimpin-pemimpin lain, Najib berkata ia dijalankan dalam bentuk berbeza.
“Cuma kerana acara turun padang walkabout itu dilakukan oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri, ia menjadi acara formal tetapi sebenarnya semua peringkat pemimpin negeri turun padang,” katanya.
Mengenai persidangan perwakilan Umno bahagian, Najib berkata setakat hari ini, sebanyak 90 bahagian Umno, 134 Pergerakan Wanita, 135 Pergerakan Pemuda dan 152 Pergerakan Puteri telahpun mengadakan mesyuarat.
Sementara itu, Najib berkata mesyuarat MT hari ini turut memutuskan bahawa tindakan penggantungan terhadap tiga anggota Umno iaitu Ketua Wanita Bandar Tun Razak, Salmah Pin, Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Bukit Katil Saadon Basiron dan Naib Ketua Puteri Umno Bukit Katil Zarina Ismail, yang digantung tiga tahun lepas, ditarik balik.
“Mesyuarat telah bersetuju bahawa tindakan penggantungan ketiga-tiga anggota Umno itu diketepikan,” katanya dalam laporan itu.
Selain itu, beliau berkata mesyuarat juga bersetuju untuk melantik bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno MT bagi penggal 2011-2013.


Panglima : biasanya orang takut nak bubar - takut nak hadapi rakyat. Mereka takut tidak akan dapat lagi perintah negeri yang telah dikuasai. Makin lambat maka makin lamalah peluang mereka mencari kekayaan dan mendapatkan keuntungan segera. 
Kebaculan Pakatan untuk turut membubarkan DUN serentak sebenarnya bukan menguntungkan kepada Pembangkang sebenarnya kerana ia akan memudahkan BN menumpukan usaha dan jenteranya kepada 4 negeri yang terlepas dari tangan...
Kerana itu maka Panglima tidak pelik jika PM tidak kisah jika Pakatan tidak mahu bubar serentak.  PM orang bijak tentu akan menggunakan segala kesempatan yang ada untuk memastikan penguasaan Pakatan akan terhenti dan tertimbus serta merta pada PRU akan datang. Begitu juga Pakatan lebih teruk jika mereka membubarkan DUN serentak dengan negeri bawah BN. Pendek kata 'check-mate' untuk Pakatan. 
Kerana itu kita tidak langsung dapat mengetahui kekuatan Pakatan sudah hancur sekarang. Mereka tahu betapa lemahnya kerajaan mereka selepas diserang bertalu-talu dan bertali-arus kerana KESILAPAN mereka sendiri. Sekarang masa mereka menerima kifarah atas perbuatan yang mereka lakukan. Apatah lagi BN juga telah banyak membuat transformasi demi transformasi demi memastikan mereka lebih relevan dengan kehendak rakyat hari ini.
Ayuh kita sokong agar cadangan Pakatan untuk mengelak dari bersama BN bubarkan DUN serentak kerana ia akan menguntungkan kita bukan mereka !!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1. Puak pembangkang memang lah tak nak bubar dun sekali kerana kalau mereka bubar mereka tak jadi pembangkang, jadi penyokong so mereka bangkang lah dengan tidak membubarkan.
2. Mereka takut kalau ikut bubar, kerajaan mereka akan dibubarkan terus sedangkan banyak perancangan mereka nak pulun itu ni tak sempat lagi.
3. Apa2 pun mereka bubar sekali ke bubar kemudian ker, kali ini kita kena bubarkan terus penguasaan puak2 penyangak yang berlagak baik ni. InsyaAllah dengan izin Allah puak2 pas, pkr dan dap ni akan hancur sehancur2nya selepas pilihanraya ini.

--Ganasnyer--

Cari Blog Ini

Translate