Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Mei 2011

Kunjungan Unit Media Baru Ke Rumah Tengku Adnan Yang Terbakar Pagi Tadi !



Tengah hari tadi Panglima bersama Pengerusi Unit Media Baru Tun Faisal dengan diserta Eizwan, Blogger Yuseri Yusuf, Blogger 1Peluru serta Admin dari Malaysia Digest selepas mesyuarat Restoran Seri Puteri Kuala Lumpur.

Rombongan kami meskipun tersesat pada awalnya tetapi berjaya tiba di rumah Ahli Parlimen Putrajaya tersebut jam 3.00 pm.

Ketika itu ramai yang hadir untuk mengucapkan takziah atas ujian Allah timpa kepada Setiausaha Agong Umno yang telah memusnahkan tingkat paling atas rumah beliau yang dihuni 16 nyawa. Mujurlah tiada kematian berlaku dan hanya tingkat empat sahaja yang dibakar api.


Antara yang dilihat ialah peguam Datuk Shafee Abdullah.

Bacaan doa juga secara spontan dibuat oleh seorang tetamu yang hadir dan hadirin mengaminkan doa beliau mudah-mudahan Tengku Adnan akan tetap tabah dan diberi rezeki lebih murah selepas ini. Setiap dugaan ada hikmah tersendiri.

Semalam seorang ibu juga telah 'syahid' apabila menjadi mangsa kebakaran demi menyelamatkan tiga anaknya di Kuala Krai.

Beberapa keping gambar yang sempat dirakam menggunakan handphone CSL SPICE 






Berita penuh oleh Mstar :

KUALA LUMPUR: Rumah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor rosak dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada kerosakan alat pendingin hawa.
Beliau berkata insiden berkenaan berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi Ahad di banglo empat tingkat miliknya yang terletak di Lorong 5, Taman Duta di sini.
"Saya sedang tidur sebelum anak saya Tengku Muhammad Hafis yang berusia 15 tahun kejutkan dari tidur, dia mengadu sebuah pendingin hawa di biliknya terbakar.
"Saya kemudiannya bergegas memeriksa biliknya yang terletak ditingkat empat. Saya cuba untuk memadam api namun ia merebak dengan begitu cepat dan akhirnya saya mengarahkan semua anggota keluarga untuk keluar dari rumah," katanya sambil menyatakan beliau segera memaklumkan kebakaran berkenaan kepada pihak bomba.
Unit pemadam kebakaran pertama tiba di lokasi pada pukul 6.05 pagi.
Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, tingkat empat banglonya itu musnah teruk serta beberapa bahagian lain juga rosak.
"Syukur, kesemua 16 orang penghuni rumah ini terselamat," katnya sambil menambah bahawa beliau tidak pasti jumlah kerosakan sebenar akbiat insiden itu.


Lagi gambar klik sini :

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate