Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Mei 2011

Gempar : Anjing Pandai Sebut 'i luv u' ditonton 42 juta penonton ( Video )






Penat bercerita tentang politik apa kata kita relaks tengok anjing sebut i luv u. Hebat betul anjing yang begitu popular di atas sehingga berpuluh juta telah menontonnya. Pendek kata artis yang seksi pun belum tentu dapat perhatian hebat sepertinya.

Dalam video di atas yang paling jelas ialah : binatang pun pandai sebut apa sahaja yang kita ajar. Seperti burung kakaktua yang pandai berkata-kata jika dilatih setiap masa.

Tetapi binatang sebenarnya lebih baik nasib mereka kerana tidak diazab Allah di akhirat tetapi manusia tetap dikira amalannya samada untuk diseksa atau diberi syurga. Itulah nasib kita.

Dalam hal ini, tolong kawan-kawan dalam PAS jangan perasan jika anjing sebut i luv u kepada anda sebagaimana PAS jangan perasan DAP dah Islam jika dah pandai sebut 'Allahu Akbar' atau 'Assalamualaikum'.

Selama ini tidak ada seorang pun ahli DAP masuk Islam selepas banyak kali isu timbul kerana ketinggian semangat mereka ingin menggunakan perkataan Islam atau menunjukkan mereka lebih Islam dari orang Islam khasnya Islam Orang UMNO.. Ingatlah DAP tetap tidak Islam meskipun pandai sebut perkataan yang biasa ditutur oleh orang Islam.


Untuk menjadi muslim seseorang perlu percaya dengan hati, menyebut dengan mulut,  serta diamalkan dengan anggota tubuh badan baru sah syarat sebagai orang Islam yang beriman. Jika tidak jangan harap dikira orang Islam. Seperti anjing yang sebut ' i luv u ' tetapi ia tidak faham sedikitpun erti perkataan yang diucapkan apatah lagi memiliki kasih atau cinta kepada orang yang mendapat ucapan 'love'nya...


Siapa setuju angkat tangan !

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate