Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Mei 2011

Suarat Rakyat 1Malaysia di Twitter Perdana Menteri Kita !!!





Kecanggihan teknologi hari telah memungkinkah apa jua yang tidak mungkin satu ketika dulu. Kebanjiran gajet canggih dan semakin murah harganya membuka seluas mungkin peluang rakyat berkomunikasi sesama mereka. Tambahan pula prasarana kini semakin baik dengan liputan sudah memenuhi hingga ke kawasan pendalaman.

Kecanggihan itu telah digunakan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau sendiri telah memiliki akaun Blog, Facebook dan Twitter. Ingat lagi medium media baru sangat dipandang serius oleh beliau sehingga diltetakkan dalam ranking ke -3 dari 7 pesanan penting beliau sebelum ini yang disampaikan semasa Persidangan Agung UMNO tahun 2010. 

Dulu rakyat perlu menunggu Perdana Menteri untuk menyuarakan hasrat mereka. Atau mereka perlu menulis surat dan juga menunggu sekian lama masa untuk mendapat respon kepada apa yang mereka suarakan. Kini rakyat boleh berada di mana sahaja di mana-mana ceruk dunia ini untuk menyampaikan teguran, cadangan dan juga penghargaan kepada Perdana Menteri kita. Terus tanpa sebarang sekatan atau tapisan.

Lihat bagaimana interaksi rakyat hari ini dengan Datuk Seri Najib dan bagaimana ia telah banyak menjimatkan masa, wang dan tenaga kita dengan matlamat untuk menjalinkan perhubungan mesra antara pemimpin dan rakyatnya, dapat dicapai dengan sungguh berjaya. Berbagai idea baru yang segar dapat dijana dari perhubungan maya ini dengan syarat ia dibuat dengan niat yang ikhlas demi kebaikan negara kita tanpa sebarang agenda terselindung untuk keuntungan politik. Transformasi ini sangat berkesan dan Pakatan nampaknya sudah semakin ketinggalan dalam perlumbaan media baru ini seperti komen blogger mereka sendiri di sini 

Terbaru seorang kanak-kanak di kawasan Hulu Selangor bernama Hanif Zolkefle seorang pesakit kanser tulang yang sangat teringin bertwitter dengan Perdana Menteri telah mendapat liputan akhbar selepas hasrat beliau dikabulkan meskipun PM dalam kesibukan sangat padat dengan aturcara. Permohonan yang dibuat menerusi Ahli Parlimen BN Hulu Selangor P Kamalanathan telah mengagumkan rakyat atas keperihatinan amat tinggi seorang Perdana Menteri kepada rakyat hatta kanak-kanak yang berada di bawah kepimpinannya. Cerita lanjut klik blogger Nadi Rakyat AAKJ di sini http://azmykelanajaya.blogspot.com/ 


Cuma, pemimpin BN yang lain dilihat tidak lagi bersungguh-sungguh untuk mengikut jejak langkah Perdana Menteri kita. Adakah mereka masih terlena dalam hingar bingar teknologi moden atau mereka masih merasa terlalu ketinggalan sehingga tidak mahu mencuba mendekatkan jurang ? Jangan biarkan pemimpin kita berjalan keseorangan mendepani media baru sedangkan kita wajar mengikut keperluan sebagai ahli politik zaman sekarang yang tidak lengkap jika tidak memiliki media baru sebagai pelengkap interaksinya dengan penyokong dan rakyat bawahan.

Wallahu A'lam.


Lihat suara rakyat di Twitter Perdana Menteri kita dalam imej di bawah ! 


Terbukti Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan - slogan yang benar-benar menjadi realiti bukan fantasi seperti permainan yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang selama ini..


klik gambar untuk paparan lebih jelas



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate