Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Mei 2011

Analisa Kerosakan Brek Mercedes Anwar - Adakah Ia Bukti Wan Azizah Yang Cuba Dibunuh Bukan Anwar ?



gambar pemandu Anwar sedang membuat laporan polis



Sebelum itu baik kita baca terlebih dahulu pandangan pakar tentang dakwaan bunuh yang cuba ditimbulkan pemandu Datuk Seri Anwar Ibrahim bernama Abdullah Sani Said (klik sini). Beliau yang sudah 28 tahun menjadi pemandu, mendakwa kejadian tersebut berlaku pada 19 April 2011 yang lalu semasa membawa Wan Azizah dari Ipoh ke Chemor, Perak. Kereta bernombor plat KCD 77 siri S350 tersebut adalah milik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Pengarah Penyelidikan Biomekanik dan Keselamatan Kenderaan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof. Madya Dr. Wong Shaw Voon juga berkata,Pemasangan cakera brek pada kenderaan secara tidak betul boleh mengakibatkan komponen itu tertanggal dengan sendiri. Penggunaan bahan komponen yang tidak berkualiti juga boleh mengundang permasalahan tersebut.


Katanya, pemanduan kenderaan secara keterlaluan atau dipandu dalam keadaan luar biasa turut menjadi punca berkenaan.


"Kalau dalam keadaan biasa, cakera brek tidak akan tertanggal kerana ia dilengkapi ciri-ciri keselamatan.


"Mungkin semasa pemasangan (cakera brek) sebelum itu tidak mengikut standard sebenar atau ia tidak direka bentuk untuk menahan keadaan sedia ada,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pandangan pakar di atas boleh dilayari di sini  http://www.utusan.com.my/ . 



Persoalannya : 

Pertama : adakah semudah itu sebuah kereta mewah jenis S350 boleh rosak dengan mudah ? Untuk makluman semua kereta Mercedes diservis di tempat servis Mercedes Benz bukan sebarang bengkel.

Kedua : kenapa kejadian berlaku semasa Wan Azizah menaiki kenderaan S350 bukan semasa Anwar menaikinya ?

Ketiga : kenapa selepas hampir sebulan dari tarikh kejadian pemandu Anwar cuba membangkitkan perkara tersebut bukan pada hari atau sehari dua selepas kejadian ?

Keempat : kenapa tidak dianggap kejadian tersebut adalah satu peringatan dari Allah agar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlalu banyak kesilapannya kepada agama Islam dan bangsa Melayu serta telah dikaitkan dengan video seks selain kes liwat Saiful Bukhari, akan kembali sedar dan bertaubat ?


Kelima : jika benar Wan Azizah sasarannya adakah kerana ada pihak tertentu khasnya suami beliau sendiri Datuk Seri Anwar takut jika Wan Azizah berpaling tadah lalu membenarkan segala rahsia yang terpendam selama ini ?


Syarikat Mercedes Benz juga patut membuat saman malu kepada Anwar kerana membiarkan pemandunya menjatuhkan kualiti dan imej Mercedes Benz yang sangat dijaga selama ini.

Mengaitkan kejadian yang berlaku kepada dakwaan cubaan bunuh adalah satu dakwaan serius apatah lagi melibatkan seorang bekas banduan, peliwat dan juga pelakon video seks yang diakui penglibatannya oleh Datuk Shazryl Eskay yang sedang ghairah menuju takhta Putrajaya pada PRU 13 akan datang. 

Yang peliknya Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan / Ku Nan yang baru mengalami kebakaran teruk beberapa hari lalu tidak pula mengaitkan kebakaran tersebut dengan dakwaan bunuh terhadap beliau kerana beliau tahu kerosakan pendawaian air-cond yang menjadi punca kebakaran bukan benda lain.

Oh saya lupa, Ku Nan tak ada kes liwat atau terkantoi dalam video seks.  



Baca kenyataan pakar tentang kerosakan brek tersebut di bawah :



Salah pasang cakera boleh jadi punca brek tercabut



KUALA LUMPUR 11 Mei - Pemasangan cakera brek pada kenderaan secara tidak betul boleh mengakibatkan komponen itu tertanggal dengan sendiri.

Pengarah Penyelidikan Biomekanik dan Keselamatan Kenderaan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof. Madya Dr. Wong Shaw Voon berkata, penggunaan bahan komponen yang tidak berkualiti juga boleh mengundang permasalahan tersebut.

Katanya, pemanduan kenderaan secara keterlaluan atau dipandu dalam keadaan luar biasa turut menjadi punca berkenaan.

"Kalau dalam keadaan biasa, cakera brek tidak akan tertanggal kerana ia dilengkapi ciri-ciri keselamatan.

"Mungkin semasa pemasangan (cakera brek) sebelum itu tidak mengikut standard sebenar atau ia tidak direka bentuk untuk menahan keadaan sedia ada,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan Mercedes Benz S350 yang lazimnya digunakan majikannya itu.

Dalam kejadian 19 April lalu, pemandu peribadi itu mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat akibat pin pada nat untuk menyokong cakera brek telah dikeluarkan seperti dimaklumkan oleh mekanik.

Dalam pada itu Shaw Voon berkata, pengguna kenderaan yang menghadapi permasalahan itu perlu membuat pemeriksaan bagi menyiasat punca sebenar.

"Jika kemungkinan ia disabotaj, hanya mereka yang mempunyai alat dan kepakaran sahaja boleh berbuat demikian (mengeluarkan skru pada cakera brek),'' katanya.

Seorang mekanik, Khairul Nizam Mohd. Hanapiah pula berkata, ciri-ciri keselamatan pada kenderaan Mercedes Benz sangat tinggi berbanding model kereta lain.

Justeru katanya, kemungkinan cakera brek pada kenderaan itu tertanggal sendiri mustahil akan berlaku, melainkan perlanggaran kuat di bawah pemanduan melebihi 80 kilometer sejam.

"Kalau kita buka tayar Mercedes dia ada skru untuk kunci cakera brek, ia tidak akan tercabut jika tayar tidak tercabut.

"Kemungkinan ada orang tanggalkan skru yang menyokong cakera brek itu amat rendah kerana ia memakan masa berbuat demikian kecuali ada kesilapan semasa servis pemasangan brek,'' katanya.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate