NASRUDDIN Hassan mengangkat tangan Nik Abduh Nik Aziz (kanan) dan Raja Al-Hiss Raja Yaakob (kiri) setelah diumumkan menang dalam pemililihan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia di Dewan MBBSA, Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 2 Jun - Anak kepada dua pemimpin kanan Pas turut mencatatkan kemenangan dalam pemilihan Dewan Pemuda Pas Pusat yang diadakan hari ini.
Kedua-dua mereka ialah Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Khalil Abdul Hadi.
Nik Abduh yang merupakan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menang jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas menewaskan tiga calon lain.
Khalil pula yang merupakan anak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih antara 12 orang yang terpilih menduduki kerusi Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas.
Mengulas kemenangannya, Nik Abduh berkata, beliau insaf dengan mengakui kemenangannya itu bersandarkan populariti bapanya.
Menurut Nik Abduh, ini kerana usaha serta kerja-kerja parti yang dilakukannya selama ini adalah tidak seberapa berbanding calon-calon timbalan ketua yang lain.
"Cuma saya lebih mungkin kerana setengah perwakilan hendak tunjuk rasa cinta mereka kepada ayahanda sebagai Mursyidul Am, mungkin saya dapat undi itu.
"Kalau nak kira kerja saya dengan sahabat (calon) lain, saya fikir saya berada di belakang mereka," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pemilihan Dewan Pemuda parti itu di sini hari ini.
Nik Abduh menambah, beliau akan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya hasil kemenangan itu di samping menjadi pembantu setia kepada Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan yang mengekalkan jawatan tersebut selepas tidak ditandingi.
Sementara itu, Khalil berkata, beliau tidak nampak kemenangan tersebut disebabkan pengaruh yang dimiliki bapanya sebagai Presiden Pas.
Sebaliknya, kata beliau, ia adalah pilihan para perwakilan.
"Kami dididik dalam kepimpinan ini jawatan itu adalah satu amanah dan tanggungjawab yang besar dan ia sudah tentulah memerlukan pengorbanan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, jawatan Naib Ketua Pemuda pula dimenangi Raja Al-Hiss Raja Yaakob.
sumber : http://www.utusan.com.my/
Syabas kerana PKR DAP dan PAS sekarang menuju era membina dinasti politik yang tersendiri.
1 ulasan:
PAS kroni hahaha... UMNO tak de kroni anak beranak langsung hahaha...
1)KHAIRY "KITOL" JAMALUDDING (Ketua Pemuda)
2) Mukhriz Tun Dr Mahathir (Timb. Menteri - kahkahkah...
3)Hishammudin Tun Hussien Onn (Naib Presiden) kahkahkah...
4)Jazlan Mohammad Rahmat (UDA Holdings)
5)Najib Tun Abdul Razak (Presiden & Perdana Menteri)
6)Hussien Onn Jaafar (Bekas Presiden & Perdana Menteri)
Betol, aku sendiri pun mmg anti DAP dan Munafik PKR, tp isu kecik mcm ni nk jd kan sedap blog engko, alahai... Ape kuasa mereka ada? Ini UMNO cucu pengasas/anak presiden pun ade jd Naib presiden, jd menteri utama kabinet lg. Kasi up sikit standard cerita ko la weh!
Catat Ulasan