Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Jun 2011

Timbalan Mursyidul Am Dr Haron Din Gesa DIkekalkan Team Ulama !!!


Haron Din nasihat perwakilan pertahankan kepimpinan ulama

GOMBAK 2 Jun – Menjelang pemilihan Pas esok, perwakilan parti itu dinasihatkan agar terus mempertahan kepimpinan ulama sebagaimana diputuskan pada muktamar 1980.

Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din berkata, perwakilan perlu membuat pilihan tepat bagi memastikan mesej iaitu Pas menyuburkan pegangan Islam sampai kepada rakyat.

Menurutnya, bagi tujuan itu ahli Pas telah ditarbiah sejak parti berkenaan ditubuhkan bagi memastikan usaha menyubur perjuangan Islam sentiasa dikekalkan.

“Soal pertembungan antara golongan ulama dan profesional bukan perkara baru. Ia telah berlaku sejak tahun 1990-an lagi tetapi setiap kali pertembungan berlaku, perwakilan memilih ulama.

“Hal ini selaras dengan keputusan yan dibuat pada muktamar tahun 1980 bahawa Pas perlu ditunjangi oleh ulama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya apa pesanan dan nasihat kepada 1,100 para perwakilan yang bakal menunaikan tanggungjawab untuk memilih barisan pimpinan baru Pas esok.

Muktamar Pas kali ke-57 ini disifatkan paling sengit dalam sejarah kerana ia bakal menjadi penentu, sama ada kepimpinan ulama dalam parti tersebut berakhir atau tidak.

Mengulas lanjut, Haron berkata, sebenarnya semua ahli sudah faham mengenai konsep kepimpinan ulama walaupun jawatan mana perlu diisi oleh ulama, tidak dijelaskan secara terperinci.

“Kepimpinan ulama mudah. Ia bererti parti harus ditunjangi oleh ulama. Walaupun pun jawatan mana itu dibiarkan ‘tergantung’ tapi semua pihak faham bahawa presiden dan timbalannya mesti ulama,” katanya.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate