Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Julai 2011

Amaran Zahid Hamidi : Jangan Manipulasi Pembelian Kapal Selam Malaysia



Dalam berita yang disiar Kosmo hari ini Ahad 24 Julai 2011 muka surat 3, Menteri Pertahanan memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang memanipulasi fakta kononnya ada penyelewengan dalan pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis.

Pihak Mindef sendiri menurut Datuk Seri Dr Zahid telah dua kali memberi penjelasan di Parlimen isu tersebut bahawa ia dilakukan secara telus.

Bagi Panglima, Suaram yang menyalak pasal isu ini sebenarnya menjadi alat kepada pihak yang tidak mahu melihat Malaysia memiliki kapal selam yang canggih.

Kejayaan negara kita memiliki senjata canggih menggerunkan musuh negara khasnya Singapura.

Maka atas sebab itu pembeliaan kapal selam ini mesti dipolitikkan waima menggunakan peguam import dari Perancis yang sudah diusir pulang kerana melanggar syarat Imigresen berhubung pas lawatan sosial yang diberikan kepadanya.

Kerajaan mengusir beliau kerana jelas peguam tersebut melanggar undang-undang negara kita.Jika benar kerajaan takut sudah tentu dari awal lagi beliau akan dilarang masuk ke negara kita.

Sebagai rakyat Malaysia kita harus mempertahankan negara kita bukan menelan pembohongan dan fitnah musuh negara yang memang tidak senang melihat kekuatan kita bertambah dengan kapal selam Scorpene ini !


Published with Blogger-droid v1.7.3

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate