Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Julai 2011

Malaysia Bukan Negara Islam Walau 53 Tahun Daulatkan Tilawah Al Quran ?




Hanya kerana Pas nama Islam maka selain Pas tidak diiktiraf parti atau negara Islam.


Adakah benar parti tidak guna nama Islam tidak layak digelar parti Islam?

Seperti orang tidak bernama 'islam' adakah dia tidak menjadi umat Islam?

Maka jika begitulah pegangan mereka memang patut Malaysia yang ditadbir Umno tidak layak digelar negara Islam walaupun sudah 53 tahun mendaulatkan Al Quran.

Bukan itu sahaja, perlembagaan yang menjaga kedaulatan Islam dan penganutnya terus dipelihara sepanjang tempoh Umno memerintah Malaysia. Walau ditentang oleh penyokong Pakatan yang membela murtad seperti Ambiga.

Pas sahaja yang dilihat benar benar mendaulatkan Islam meskipun pada masa yang sana terpaksa mengundur ke belakang dalam isu larang berhibur di bulan Ramadhan yang telah ditarik balik kerana bantahan parti sepakatan meskipun ia jelas bercanggah dengan Islam.

Benar tilawah Alquran tidak bererti jika tidak diamalkan tetapi adakah akan timbul kesedaran jika tiada penganjuran tilawah sedunia ini dilaksanakan secara konsisten sejak 53 tahun lamanya?

Adakah masyarakat tidak terpengaruh untuk menghayati Alquran dan mempelajarinya selepas melihat dan mendengar tilawah kitab suci kita yang mana telah disertai 81 qari qariah dari 50 negara tahun ini, sebagaimana mereka terpengaruh menonton filem hindustan atau Akademi Fantasia?

Bukan sahaja peringkat dunia, kita juga menganjurkan tilawah Alquran untuk peringkat Malaysia. Termasuk perujian hafazan Alquran saban tahun turut dianjurkan untuk menyuntik semangat anak muda kita menghafaz Al Quran.

Cukuplah kita mengkafirkan orang demi memukminkan parti kita walhal matlamat membina negara Islam sudahpun hilang dari agenda perjuangan mereka!

Parti Islam belum tentu membawa isi kandungan Islam walau berimejkan Islam di mulut dan dalam program yang dilaksanakan.

Cukuplah kita tertipu sejak sekian lama dan jangan benarkan kita berterusan terus ditipu oleh KPPR (Pakatan Penipu dan Penyamun Rakyat )

Published with Blogger-droid v1.7.3

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate