Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Julai 2011

Malaysia Kalah 3 - 5 Dengan Singapura Tetapi Menang Berganda Tilawah Al Quran Di Malaysia !!!

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih



Malaysia telah melakukan aksi yang agak baik meskipun telah ketinggalan 4 -1 pada babak awalnya. Itu kesimpulan perlawanan malam ini.

Pada awalnya Malaysia mendahului perlawanan dengan gol pertama saat ke 15 wisel permulaan ditiup yang dijaringkan oleh Safee Sali tetapi Singapura telah bangkit dengan 4 gol kemudiannya sebelum babak pertama perlawanan tamat.

Video di sini 



Namun jaringan seterusnya yang dihasilkan oleh Safee Sali pada babak kedua telah menaikkan semangat Malaysia untuk menjadikan kedudukan terikat 5 -3 hingga ke saat akhir perlawanan.

Perlawanan yang diadakan atas rumput palsu di Singapura meskipun agak menyukarkan pihak kita namun semangat juang yang tinggi harus dipuji kepada pasukan Datuk K Rajagopal.

Mereka memang berjuang habis-habisan. 

Ternyat gol jaringan Singapura dihasilkan oleh pemain import mereka - sesuatu yang tidak boleh dijadikan kebanggaan untuk mereka sendiri berbanding Malaysia yang mendapat jaringan dari rakyatnya sendiri.

Malaysia meskipun kalah perlawanan bola sebentar tadi, namun pada masa yang sama Malaysia juga telah diumumkan menjadi johan Qari dan Qariah tilawah Al Quran peringkat Antarabangsa kali 53 di Kuala Lumpur. 

Kejayaan yang lebih bermakna ini sememangnya menunjukkan kelebihan Malaysia lebih terserlah dalam bab keagamaan berbanding sukan.

Semoga perlawanan pada 28 Julai 2011 di Kuala Lumpur antara Malaysia dan Singapura akan lebih sengit dengan harapan agar kemenangan bakal menjadi milik Malaysia untuk mencerahkan peluang kita mara ke Piala Dunia 2014 nanti.



Berita penuh :


Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM


KUALA LUMPUR 23 Julai – Qari dan qariah Malaysia, Amirahman Abas dan Suraya Abu Hassan muncul johan kategori masing-masing pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Amirahman yang membacakan surah Nahl bermula ayat 65 meraih markah 89.26 peratus manakala Suraya yang memperdengarkan surah Al-Zahraa bermula ayat ke-57 pula mendapat 88.67 peratus.

Kedua-duanya menyampaikan bacaan mereka pada malam ini, iaitu malam terakhir majlis tilawah tersebut yang dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung dan disiarkan secara langsung menerusi TV1.

Kemenangan itu membolehkan qari Malaysia tersebut masing-masing menerima hadiah wang tunai RM32,200 berserta trofi dan sijil.

Hadiah-hadiah disampaikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Dalam pada itu, qari Filipina, Saudi M. Gandisa muncul naib johan apabila mengumpul markah 88.67 peratus dan tempat ketiga, Abdel Bast Mohamed dari Mesir dengan 87.88 peratus.

Bagi kategori qariah, tempat kedua dimenangi peserta Indonesia, Noor Khalidah Kapsul Anwar yang memperoleh markah 88.30 peratus dan ketiga, Nur Azizah Sholichin dari Singapura dengan 86.17 peratus.

Pemenang tempat kedua dan ketiga bagi kedua-dua kategori masing-masing menerima hadiah wang tunai RM22,400 dan RM13,600 berserta sijil.

Peserta lain tilawah tersebut pula menerima sagu hati berupa hadiah wang tunai RM4,800 berserta sijil.

Bagi kategori qari, tempat keempat dimenangi qari Iran, Hamidreza Abbasi dan kelima, qari Brunei, Awang Ismail Sulaiman.

Qariah dari Brunei, Dayang Nuurfaezah Emran pula menduduki tempat keempat, manakala kelima, Rahima M. Panondiongan dari Filipina.

Majlis tilawah yang berlangsung sejak 16 Julai lalu bertema 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' menyaksikan 81 peserta (50 qari dan 31 qariah) dari 50 negara mengambil bahagian.

Penghakiman tilawah tahun ini dilakukan 16 hakim dipengerusikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.

Turut berangkat Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.

Majlis malam ini turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. – Utusan


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate