Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Ogos 2011

Kisah Artis Melayu Islam Pelihara Anjing - Iktibar Kepada Umat Islam !!!




Anda mungkin kenal pelakon di atas. Tujuan gambar ini disiar bukan untuk mengaibkan beliau tetapi sebagai satu pengajaran agar jangan ada umat Islam lain cuba mengikut jejak langkah beliau. Sumber gambar dari FB di sini

Dalam menjadi seorang blogger sesiapa sahaja yang didapati tidak berjalan atas landasan agama Islam dan kebenaran maka mereka perlu dinasihati dengan pena kita. Tidak kira mereka agamawan, ahli politik atau artis.

Mungkin ada perkara mereka tidak pernah terlintas di fikiran atau diberitahu orang sehingga kita menjelaskannya di ruang siber ini.

Di kesempatan detik berbuka marilah kita doakan artis di atas berubah dan sedar bahawa anjing tidak boleh dipegang sesuka hati atau dipelihara sebagai binatang kesayangan.

Semoga ada jalan untuk beliau kembali ke arah hidup Islam yang sebenar yang diredhai Allah dan RasulNYA.






Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Surah 18:18 - Dan kamu mengira mereka itu bangun padahal mereka tidur; dan kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang ANJING mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka.

Surah 18:22 - Nanti (ada orang yang akan) mengatakan 878 (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah ANJINGnya, dan (yang lain) mengatakan: “(jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah ANJINGnya”, sebagai terkaan terhadap barang yang gaib; dan (yang lain lagi) mengatakan: “(jumlah mereka) tujuh orang, yang kedelapan adalah ANJINGnya”. Katakanlah: “Rabbku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit”. Karena itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran lahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorangpun di antara mereka.

Surah 5:4 - Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan melatih ANJING untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan."

Cari Blog Ini

Translate