Lihat minit 6.13 jelas dinyatakan Malaysia negeri naungan British... Lihat penjelasan sebelumnya oleh Prof Datuk Dr Zainal Kling adalah sahih bahawa Malaysia tidak pernah dijajah tetapi dinaungi British.
Berdasarkan fakta sejarah,
Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau
dilindungi oleh British, kata sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.
"Fakta sejarah menunjukkan
Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki
dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau
pentafsir politik," katanya.
Sejak Perjanjian Pangkor
ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian
itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau
dinaungi.
"Dinaungi tidak sama dengan
kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan
iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
"(Negeri-negeri) yang lain
adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah
jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu)
perlu diubah.
Terma penjajahan digunakan adalah merujuk kepada "kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk penjajahan".
video beliau lihat di bawah :
Ulasan lanjut sila klik dua blog ini :
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan