Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 September 2011

Mesti Sebar : Kita Mesti Sekat Bible Di Hotel Malaysia Berdasar [Kuasa Perlembagaan Malaysia 11 (4) ]



Jika kita sering ke hotel-hotel bertaraf 5 Bintang di kebanyakkan negeri-negeri di Malaysia terutama di Selangor dan Kuala Lumpur amat kerap kita dapati terdapat buku agama kristian sengaja diletakkan di dalam laci bilik hotel tersebut. Tidak kiralah yang check-in hotel itu seorang melayu muslim atau arab muslim atau sesiapa sahaja pastinya akan terjumpa atau tahu wujudnya buku Bible Kristian ini di dalam laci yang disewanya. 


Inilah dakyah Kristian ingin memurtadkan umat Islam secara terang-terangan dalam penyebaran agama mereka kepada muslim dan selainnya di Malaysia sejak sekian lama tanpa diambil apa-apa pun tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia atau negeri atau jabatan yang bertanggung-jawab. 



PIHAK BERKUASA MESTI AMBIL PERHATIAN BIBLE KRISTIAN SEBAR DAKYAH DI HOTEL-HOTEL MALAYSIA 

Melihat pengalaman yang pelbagai dalam kejelasan Kristian menyebarkan agama mereka di Malaysia secara terang-terangan maka saya (Abu Syafiq) menggesa agar seluruh pihak berwajib mengambil serius hal ini dan bertindak mengikut undang-undang kuasa yang sedia ada yang telah pun tertera padaPerlembagaan Malaysia pada Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan: "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya". 

Artikel 11(4) seterusnya memperuntukkan bahawa "undang-undang Negeri dan di Wilayah-Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau MENYEKAT pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara penganut agama Islam". 

Berdasarkan sejarah dan Undang-undang Perlembagaan Malaysia dilihat pada Artikel 3 bahawa "Agama Islam adalah agama bagi Persekutuan" membuktikan prinsip atau pegangan Melayu sejak sekian lama orang Melayu bergelar Muslim. 

Berdasarkan kuasa yang diberi di bawah Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, sembilan badan perundangan negeri telah menggubal undang-undang untuk mengenakan sekatan terhadap agama-agama bukan Islam. Negeri-negeri di Malaysia yang telah mengubal undang-undang tersebut adalah ; 

(1) Terengganu: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Terengganu, 1980 (Enakmen No 1/1980) 
(2) Kelantan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kelantan, 1981 (Enakmen No 11/1981) 
(3) Kedah: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kedah, 1988 
(4) Melaka: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Melaka, 1988 (Enakmen No 1/1981) 
(5) Perak: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Perak, 1988 (Enakmen No 10/1988) 
(6) Selangor: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988 (Enakmen No 1/1988) 
(7) Pahang: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Pahang, 1989 (Enakmen No 5/1989) 
(8) Negeri Sembilan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Negeri Sembilan, 1991 
(9) Johor: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Johor, 1991 (Enakmen No 12/1991) 

Negeri dan wilayah lain setakat ini belum mengubal undang-undang tersebut termasuk PERLIS yang sering didalangi oleh mereka yang berfahaman Wahhabi tidak pula mengubal undang-undang ini sedangkan ia penting untuk kebaikan umat Islam. (Wahhabi jenis melampau adalah : ajaran yang menyamakan Allah dengan makhluk seperti agama Kristian yang menyamakan Allah dengan makhluk). 

Maka dengan ini kita mengharap dakyah agama selain Islam seperti kristian ini tidak diberi peluang untuk disebarkan sewenang-wenangnya lagi di negara kita Malaysia dan Islam yang tercinta ini dan ia mestilah diambil tindakan oleh pihak berwajib dengan segera !!. 


Dakyah Kristian di Malaysia turut disebarkan melalui komik. 

Wassalam. 


tulisan Abu Syafiq : http://abu-syafiq.blogspot.com/



Panglima : kita kena halang perkara ini.tidak kira kita dari mana mana parti. Jangan sibuk berpolitik sehingga melemahkan agama kita. Penyebaran agama lain selain Islam bercanggah dengan Perlembagaan negara.



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Tanggapan Tuan amat salah. Bagi saya, biarkan kitab bible itu disebarkan meluas. Kerana apa?

Kerana kitab bikinan tangan manusia ini sendiri akan menjadi hujjah dan saksi kepada kepalsuan rahib-rahib mereka.

Bagi saya, lebih ramai manusia membaca bible, lebih menyerlah keingkaran dan kepalsuannya. Saya rasa, kalau ramai manusia itu sendiri membaca bible, maka kemungkinan untuk dia TIDAK mempercayai kristian itu jauh lebih tinggi. Selidiklah. Bacalah. Peratikan dan dengar testimoni mereka-mereka yang berpaling tadah sebaik saja membaca bible. Bermula dari sini.

Baca yang ini pula dan sebarkan juga.

Cetak sebanyak mungkin, dan bubuhkan ditempat yang sama mereka meletakkan kitab bible itu. Sudah pastinya, ianya akan lebih laku dari bible itu sendiri.

Lain pula dengan al-Qur'an. Kitab suci ini telah dijamin dilindungi Allah SWT. Cubalah cari kesalahan dalamnya, nescaya tak akan berjumpa, meskipun dalam 1000 tahun.

Rahib Suci.

Tanpa Nama berkata...

Saya amat bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Rahib Suci.

Saya seorang Muslim, bersaksi dengan keesaan Allah dan mengakui Muhammad S.A.W adalah nabi dan utusan nya yang terkahir. Saya berasal dari Sarawak. Di hotel-hotel sini tanpa mengira hotel murah atau mahal, memang sentiasa ada naskhah kitab bible ini diletakkan di dalam bilik-bilik. Adakah ini menjadi masalah pada kami di sini, jawapannya "TIDAK", dan saya amat pelik, kenapalah menjadi 'perkara ngeri' bila berlakunya di semenanjung sana? Entahlah, kalian di sana lebih mengetahui.

Secara jujur saya ingin luahkan rasa tidak senang saya apabila isu-isu sebegini sentiasa saja dipanaskan. Tahukah saudara-saudara Muslim di Semenanjung sana, bahwa Muslim di Sabah/Sarawak ini adalah kelompok minoriti.. Saya ulang, minoriti! Dan pernah kalian terfikir, betapa mereka selama ini sentiasa 'memendam rasa' apabila hal-hal agama mereka dilekeh-lekehkan? Dan sekiranya rakan-rakan non-Muslim, terutamanya Kristian sudah hilang sabar dan bertindak agresif, pernahkah kalian terfikir akan impak nya pada Muslim di sini???

Usahlah dipalu genderang perang apabila di dalam kalangan umat kita sendiri bertingkah tak habis-habis. Bulan Ramadan yang lalu, apa yang berlaku dalam umat Islam di negara ini. Fitnah non-stop!. Contoh-contoh lain, fikirkan sendiri.

Betul apa yang dikatakan oleh Rahib Suci,

"Bagi saya, lebih ramai manusia membaca bible, lebih menyerlah keingkaran dan kepalsuannya. Saya rasa, kalau ramai manusia itu sendiri membaca bible, maka kemungkinan untuk dia TIDAK mempercayai kristian itu jauh lebih tinggi. Selidiklah. Bacalah. Peratikan dan dengar testimoni mereka-mereka yang berpaling tadah sebaik saja membaca bible".

Soalan saya pada kalian yang 'ngeri tak bersebab' ini, pernahkah kalian menyelak helaian2 di dalamnya? Ataupun melihat cover nya saja kalian sudah lari lintang pukang? Seperti hantu cina melihat tangkal tok pekong dalam filem hantu cina tahun 80an? Entah, jawap sendiri. Tidak pun suka bikin panas apabila isu bible ini diperkatakan?

Saya paling geram apabila orang terus menuduh "orang Islam ni memang tak boleh duduk aman dengan orang tak sebangsa dan seagama dengan mereka". Jangan lah marah dengan tuduhan ini, bukti nya sendiri nampak di depan mata. Bagaimana nak jadi contoh pada mereka sedangkan kita sendiri berantakan. Renungkan firman Allah di bawah:

"Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu mempercayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentulah itu yang lebih baik bagi mereka; antara mereka orang-orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq." Ali Imran 3:110

Sudah layakkah kita menjadi umat terbaik? Renungkan.

Orang Biasa

leekonu berkata...

biarkan mereka bubuh banyak versi bible yang kata mereka semua dari tuhan seperti versi Mormon, Miriam, St.James, versi barnabas dll.versi bior pembaca confused mana satu kata-kata tuhan yang nak diikut?baru nampak alkitab agama ini telah diubah suai.

Tanpa Nama berkata...

kalau diorang iktiraf yesus(isa) itu anak Allah, kenapa tidak iktiraf adam sebagai anak Allah, sebab adam tiada ibu bapa, lagi hebat dari isa yang ada ibu tiada bapa.

dan orang islam lebih mengiktiraf yesus(isa) lebih dari orang kristian sebab diaorang minum arak sedagkan dilarang minum arak.

pemerhati berkata...

pada saya ia sgt wajib dicegah..utk yg berpengetahuan agama x apa lah. boleh membezakan antara yg hak dan batil..tp mcammana yg kurang? nanti boleh terpesong akidah! baik cegah sebelum parah.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Marhaen.

Wahai Rahib Suci.

Jika pembacanya ialah seorang dewasa yang matang ilmu agamanya mungkin dengan mudah dapat membezakan kecacatan kitab selain dari AlQuran.

Apa yang ditakutkan ialah pembaca dari kalangan remaja yang masih tercari-cari pengertian dan pengisian ISLAM. Masih terlalu rapuh pengangan agamanya.

Apatah lagi jika dibaca oleh kanak-kanak tanpa pengetahuan ibu bapanya. Tidakkan ia akan menimbulkan kegusaran terhadap KITAB dan AGAMA mereka.

Bapa yang mempunyai anak.

suahati berkata...

Baik larang terus aja org Islam dr dapt khidmat atau berurusan dgn perniagaan atau perkhidmatan dr syarikat milik puaj depa tuuuuuu senang ceriuat...

Tanpa Nama berkata...

Punca utama adalah disekat DAP dan segala masalah dan perbalahan agama dan kaum di Malaysia tidak akan timbul.. Semua rakyat di Malaysia akan hidup aman dan makmur dengan penuh muhibah dan hormat menghormati diantara satu sama lain seperti dulu...

whiteorange berkata...

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBAT

Cari Blog Ini

Translate