Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Oktober 2011

Berita Terkini Pemergian Bonda Dr Zahid Hamidi - Utusan Malaysia


Ibu Menteri Pertahanan meninggal dunia


01/10/2011 4:35pm


BAGAN DATOH 1 Okt. — Ibu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meninggal dunia pada 1.40 pagi ini kerana sakit angin ahmar dan komplikasi jantung.

Jenazah Allahyarhamah Tuminah Abdul Jalil, 81, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat di sini tengah hari ini.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Raden Hamidi Abdul Fatah, 87, dan sembilan anak.


Ketika ditemui pemberita, Ahmad Zahid, yang merupakan anak sulung berkata, beliau dan seluruh anggota keluarganya reda dengan pemergian ibunya yang terlantar sakit sejak empat tahun lepas.

Beliau berkata, sebelum ini, ibunya mendapat rawatan di Hospital Angkatan Tentera Terendak, Melaka dan dibawa pulang ke rumahnya di sini sejak awal Syawal lepas.


"Ibu saya seorang yang penyayang, lemah lembut dan banyak memberi galakan dan nasihat kepada anak-anak,” katanya.

Panglima Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud, Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil antara yang menziarahi jenazah. — Bernama


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih


manakala Umno-Online melaporkan :

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh warga Ibu Pejabat mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi atas kembalinya ke rahmatullah ibu beliau, Hajjah Tuminah Jalil.

Allahyarhamah meninggal dunia jam 1.40 pagi.

Jenazah allahyarhamah akan dikebumikan sebaik sahaja selesai solat Zohor di Masjid Al Falah Kg Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarhamah dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah. -MediaUMNO

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate