Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Oktober 2011

Tong Gas 'Bom Jangka' Kebanyakan Rumah / Restoran Di Malaysia - Kosmo




TONG gas memasak yang menjadi peralatan wajib dalam setiap dapur boleh meletup dan terbakar jika tidak dijaga dengan rapi.



KUALA LUMPUR - Tong gas memasak yang biasanya seberat 14 kilogram (kg) yang boleh dilihat hampir di setiap dapur rumah serta restoran berupaya menyebabkan kemusnahan besar jika berlaku kebocoran gas dan meletup.
Ketua Jabatan Kejuruteraan Gas, Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Zainal Zakaria berkata, disebabkan gas asli cecair itu lebih tumpat daripada udara, gas yang bocor itu tidak akan meresap keluar dengan mudah daripada kawasan tertutup seperti rumah dan premis perniagaan.
"Gas itu sebaliknya mudah tersebar ke seluruh ruang. Jika ada percikan api yang kecil sekalipun, ia dengan mudah boleh menyambar setiap kawasan yang mempunyai sisa-sisa gas berkenaan," katanya kepada Kosmo! Ahad.
Beliau diminta mengulas kejadian letupan yang memusnahkan tingkat bawah pusat beli-belah Empire Shopping Gallery di Subang Jaya Rabu lalu. Kejadian pada pukul 3.45 pagi itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas memasak di sebuah restoran di situ.
Malah dipercayai saluran gas memasak melingkari hampir sebahagian besar bahagian bawah kompleks beli-belah itu.
Menurut Zainal, insiden letupan gas memasak tidak boleh dipandang ringan kerana berjuta-juta rumah di Malaysia masih menggunakan bahan bakar itu setiap hari.
"Walaupun dapur elektrik atau dapur solar lebih selamat, kos untuk membeli sebuah tong gas adalah lebih murah," kata beliau.
Buat masa ini, harga setong gas memasak 14kg ialah RM27.
Zainal mendedahkan, punca kebocoran gas memasak di rumah selalunya disebabkan kepala gas dipasang dengan cara yang salah ataupun paip getah dapur gas bocor digigit haiwan perosak seperti tikus.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. klik sini http://www.kosmo.com.my/ 

Panglima : dinasihatkan anda menukar getah yang boleh menghentikan gas dari terus keluar jika berlaku kebocoran. Sila tanya kedai peralatan eletrik untuk mendapatkan getah jenis automatik menghentikan gas bocor. Harganya berpatutan. Jangan sayangkan duit sehingga mengorbankan nyawa.


Selain itu anda juga perlu peka dengan bau gas yang boleh dicium oleh hidung yang normal.


Jangan lupa buka sedikit tingkat dan pasang kipas penyedut udara di dapur sebelum memulakan memasak.


Jika ada wang belilah peralatan tidak menggunakan gas.


Walau apa pun usaha kita jangan lupa segalanya perlu diminta perlindungan Allah agar kita dilindungi sentiasa.













Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate