( sila klik gambar untuk paparan lebih jelas )
Gambar ini pernah Panglima perolehi semasa menghadiri majlis himpunan penulis maya bersama Perdana Menteri beberapa minggu lepas.
Diedar kepada semua penulis maya yang hadir semasa ceramah oleh Ketua Pengarah Biro Tatanegara YM Raja Arif Raja Ali dan itulah kali pertama para penulis alam maya mendapat gambar pokok tersebut ( tidak silap panglima ).
Pohon 1Malaysia menurut KP BTN dalam ceramah hari tersebut - diambil dari salah satu ibarat dalam quran - iaitu surah Ibrahim ayat 24 - 26 :
Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik (kalimah toyyibah) adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (24)
Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (25)
Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. (26)
Kerana itu logo BTN yang baru hari ini dicontohi dari pokok di atas menurut Datuk Raja Arif . Selepas disemak rupanya di web BTN ada berita tentang pemasyhuran logo baru tersebut sekali dengan perasmian baju korporat mereka.
Sesiapa berminat meneliti berita tersebut sila klik di sini http://www.btn.gov.my/v2/ dan juga berita berita lain termasuk gambar 1Malaysia versi terkini (gambar kanan) yang sedikit berbeza dari apa yang diguna oleh orang awam hari ini. Alhamdulillah group FB1Malaysia sudah menggunakannya.
Meskipun dalam carian di google ada sedikit komen sinis oleh blog tertentu tentang logo baru BTN tetapi ia adalah perkara biasa dalam dunia blog hari ini. Semua orang bebas bersuara dan semua orang juga bebas untuk menerima atau menolaknya bergantung kepada fakta di dalam tulisannya.
Yang jelas ia bukan bentuk cendawan dan bentuk lain yang terlintas di fikiran. Apatah lagi bentuk yang kotor dan lucah. Jika perkara kotor dan lucah keluar di fikiran anda bermakna fikiran anda sebenarnya telah dicemari dan perlu dibersihkan dengan selawat, zikir dan bacaan quran. Kan ? ; )
Logo baru BTN ( yang panglima baca dari info FB YB Datuk Ahmad Maslan ) dua hari lalu semasa berjalan-jalan di alam maya. Panglima yakin masih ramai tidak tahu logo baru BTN yang kerap dikatakan membuat transformasi demi transformasi. Ketika itu status FB YB Tok Mat agak panas di mana ada individu tertentu mengkritik YB Datuk Ahmad Maslan isu penerangan 1Malaysia.
Status beliau di bawah sungguh panjang seperti berikut :
Saya sebut 1Msia yg diilham PM adalah gagasan perpaduan yg menjadi kekuatan negara..Melayu kena anggap Cina & India sbg kawan & bukan lawan..Cina anggap Melayu & India sbg kawan..India anggap Melayu & Cina sbg kawan..Begitulah dgn kaum lain di Sabah & Swak..Anggap masing2 sbg aset bukan liabiliti..Konsep penerimaan & meraikan kepelbagaian sbg kekuatan bukan kelemahan..Walau masih belum tercapai tapi usaha mesti dimantapkan..Melayu Cina India sama2 berkawan dlm negara ini bagi berlawan dgn negara2 luar utk menjual produk & perkhidmatan yg terbaik dlm persaingan pasaran global yg mencabar..
Saya juga sebut India di sini bukan India India tapi India Msia..Cina di sini bukan Cina China tapi Cina Msia..Terlalu ramai yg mendengar ungkapan2 itu dlm ceramah2 saya..BTN di bawah perhatian saya sudah menukar logo & prgm2 skrng ini bertema Bersama Jayakan Gagasan 1Msia..Ratusan Seminar 1Msia telah dibuat & puluhan ribu pelbagai bangsa telah menghadiri atas panduan & arahan saya, BTN laksana dgn baik..lihat website BTN & ahmadmaslan.com..Tkasih
FB beliau http://www.facebook.com/ahmadmaslan jika anda masih belum mengetahuinya.
Logo lama BTN :
Sudah lama sebenarnya niat di hati Panglima mahu menerbitkan gambar pokok 1Malaysia yang diperolehi (pertama kali ialah semasa program dengan artis di Banghuris Homestay Sepang klik sini ) di atas.
Rasanya sekarang masa yang sesuai untuk melakukannya. Ramai antara kita sebelum ini lebih tertumpu isu isu semasa samada mencari atau menjawabnya, sehingga agak tercicir isu tentang dasar penting negara seperti 1Malaysia dan juga program-program yang dihadiri PM dalam atau luar Malaysia.
Mohon maaf jika pihak Biro Tatanegara tidak benarkan logo ini disiarkan dalam web atau blog. Sila email kepada panglima jika ia tidak boleh disiarkan di sini.
Seterusnya, gendang Perang PRU 13 sudah nampak bahawa ia akan tiba tidak lama lagi tanpa sebarang tanda, bila-bila masa sahaja.
Maka wajarlah kita sebarkan semua benda yang kita ada selain membuka kembali kes-kes lama puak Pakatan serta melipatgandakan usaha di dalam menerangkan dasar dasar negara dan parti untuk alif ba ta.
Juga mohon jasa baik diedarkan video GTP NKRA (yang telah disiar juga di TV) mengikut tajuk demi tajuk di blog sahabat pejuang siber sekelian selain video dan gambar terbaru Perdana Menteri.
Semoga Allah memberkati setiap saat anda korbankan untuk keutuhan alif ba ta.
Semoga Allah memberkati setiap saat anda korbankan untuk keutuhan alif ba ta.
Alif - Agama - Islam
Ba - Bangsa - Melayu
Ta - Tanah Air - Malaysia
Tentunya di bawah naungan pokok 1Malaysia gagasan YAB Perdana Menteri kita.
kemaskini : 12.33 tengah hari Jumaat 28 Oktober 2011 bersamaan 30 Zulkaedah 1432 Hijrah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan