Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 September 2011

Gempar : Artis-Artis Muda Termasuk Iqram Dinzly Tandatangan Papan Tentang 1Malaysia ???



Berita gempar.


Satu info telah diperolehi bahawa artis-artis kita telah menandatangani memorandum tentang gagasan 1Malaysia.


Mereka telah berkumpul di Banghuris Homestay Sepang dan telah pun bertemu Setiausaha Politik PM Datuk Shahlan.


Mereka juga telah berkumpul dibawa dengan bas JPM ke sana. Khabarnya lebih sejam mereka bertemu dalam sesi tertutup bersama SU Politik PM Datuk Shahlan dua hari lepas.


Lihat gambar mereka tandatangan papan tentang gagasan 1Malaysia.


Suspen ?


Saja ditulis begitu untuk tarik minat anda datang ke sini.


Perkataan di 'tentang' di atas bermakna berkenaan/berkaitan bukan 'bangkang'...


Alhamdulillah gagasan 1Malaysia rupa-rupanya sangat disokong oleh artis yang boleh anda lihat tandatangan mereka di bawah ini.


Meskipun mereka orang muda tetapi 35 artis muda yang hadir ke program seniman prihatin 1Malaysia anjuran btn dan finas di Banghuris Homestay Sepang sangat teruja untuk menzahirkan sokongan kepada 1Malaysia di signature board.


Panglima juga sempat meninjau program tersebut. Artis sangat gembira dapat mendengar penjelasan 1Malaysia dari mulut 'arkitek' utamanya Setiausaha Politik PM Datuk Shahlan sendiri selain dari ucapan KP BTN semasa acara perasmian. TKP FINAS juga turut hadir acara perasmian tersebut.


Ramai yang datang seperti Iqram Dinzly, Sabhi Saddi, Maulana, Dottie, Ekin AF, Maulana AF, dan lain-lain. 


 
Gambar Dottie ( hantu bonceng ) 


gambar dari twitter Sabhi Saddi http://lockerz.com/s/141784769 
sedang makan nasi ambeng (nasi orang jawa) semalam

Turut hadir Adi dan Ila (Mentor) seperti gambar di bawah :


Adi dan adiknya Ila (Mentor) siap untuk sukan bersama penduduk kampung



Artis yang datang memberitahu mereka puas hati dapat bersama penduduk kampung. Dalam masa yang sama mereka diberi penjelasan kepentingan 1Malaysia kepada negara. 


Mereka fahan tanpa 1Malaysia tentu masyarakat akan bergaduh dan berlakulah huru-hara. Semua akan hidup susah tak dapat kerja dan cari wang untuk makan.


Lihat tandatangan mereka yang menyokong 1Malaysia di bawah :






Turut hadir Puteri Umno yang mengadakan klinik pemeriksaan kesihatan percuma sebanyak 2 unit Exora  kepada orang kampung.




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih.












Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate