Video ini dirakam oleh Blogger 1Peluru bersama Panglima ketika kami berdua dibawa meninjau tanah-tanah yang dirampas dan dipajak kepada Syarikat Cina luar Kelantan di Kuala Krai .
Perjalanan kami mendaki bukit demi bukit melalui jalan tanah merah dan berselut untuk menerjah ke tengah ladang yang 'dirampas' dari rakyat sememangnya satu pengalaman baru kepada kami berdua sebagai blogger.
Peluang menerjah ke tempat lokasi meskipun sangat berbahaya namun diteruskan sambil bertawakal kepada Allah dan mengharap perlindunganNYA. Kedatangan kami dari KL ditunggu oleh wakil penduduk kampung meskipun jam 3 pagi tiba di sana, membuktikan bagaimana mereka terlalu kecewa dan sudah patah hati untuk berunding dengan Kerajaan PAS hari ini.
Mereka percaya kuasa media baru melalui pena blogger akan membawa suara hati mereka dan kerana itu mereka sanggup menunggu kedatangan kami yang jauh bermusafir ke Kuala Krai. Perjalanan yang memakan ratusan kilometer dan memaksa kami melalui 7 jam di jalan raya - segalanya demi Alif Ba Ta.
Dengarlah suara hati rakyat Kelantan dalam video di atas yang jelas sangat kecewa apabila tanah rentahan mereka yang dijanjikan Kerajaan PAS semasa kempen tahun 1990 gagal ditunaikan hingga hari ini.
Sebaliknya tanah mereka yang kini telah membuahkan hasil seperti durian, getah dan sebagainya, telah 'dirampas' untuk diberi kepada syarikat yang namanya akan diterbitkan apabila tiba masanya nanti. Kezaliman yang sangat melukakan hati mereka apatah lagi ditipu oleh ustaz berkopiah berserban dari parti berjenama Islam.
Bukanlah manusia normal jika anda sekelian tidak tersentuh dan mengalir air mata mendengar cerita penduduk kampung dalam video yang menceritakan satu persatu kisah penerokaan tanah oleh rakyat di sana. Ketika zaman tidak ada kenderaan moden seperti 4WD dan hanya menggunakan kudrat manusia dengan berjalan kaki dan bermotosikal sahaja.
Rakaman dan fakta sudah banyak dikumpulkan tetapi pasti akan dikeluarkan sedikit demi sedikit. Segala dokumen juga akan disiarkan satu persatu demi KEADILAN RAKYAT KELANTAN yang pasti akan bangkit dari khayalan politik berjenama Islam pada PRU 13 akan datang.
PAS akan tumbang dan BN akan kembali memerintah kali ini Insya Allah !!!
Sudah lama rakyat ditipu dan biarlah kali ini kita sama-sama mengubah kerajaan sedia ada dengan undi keramat kita.
Takbir
Allahu Akbar...
Lihat video di bawah tanah rakyat yang dirampas
Bukti isu ini menggoyangkan Kerajaan PAS sila lihat reaksi mereka dalam Sidang DUN semalam oleh YB DUN Gual Ipoh yang disiarkan di link bawah
http://www.youtube.com/watch?v=Qy9_-MV4waA&feature=player_embedded#!
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan