Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 November 2011

Sekolah Cina Tidak Akan Sedia Makanan Halal Kepada Murid Melayu Islam - Dong Zong
















[Nota: Selama ini ada makanan tidak halal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)? Wah, ini cabaran yang besar untuk ibu bapa Muslim yang menghantar anak-anak mereka ke SJKC. Pertama, untuk memastikan anak mereka tidak termakan makanan yang tidak halal. Kedua, untuk menyamak pakaian dan tubuh badan jika makanan tersebut tumpah ke atas pakaian dan tubuh anak mereka.]


*Gambar di atas adalah gambar hiasan semata-mata




China Press
Isu kantin SJK (C) menjual makanan halal?
Dalam negeri m/s A8
24 November 2011




Tajuk I:


Kekalkan budaya makan di kantin sekolah rendah Cina ataupun buka ruang makanan halal di kantin: Chou Chong Han


Berita dalam negeri


23hb Kuala Lumpur, Naib Presiden Dong Zong En. Chou Chong Han berkata, bagi menjaga kepentingan murid bukan Cina, Dong Zong akan fikirkan sama ada mahu buka satu lagi ruang di kantin untuk menjual makanan halal untuk kemudahan murid-murid bukan Cina ataupun tidak.


“ibu bapa bukan Cina selalu akan menyediakan bekal makanan untuk anak-anak mereka di sekolah, dan ada sesetengah ibu bapa yang minta pihak kantin sekolah sediakan jualan makanan halal untuk murid-murid bukan Cina.”


Sebaliknya Beliau menegaskan, pihak sekolah rendah Cina tidak akan kerana segelintir murid Islam, dan tukar budaya makanan di kantin sekolah-sekolah rendah Cina.


Chou Chong Han hari ini bersama gabungan Dong Zong negeri Sembilan semalam semasa ditemu ramah memberitahu, beberapa sekolah rendah Cina di negeri Sembilan telah mendapat surat arahan dari Jabatan Pelajaran negeri, menetapkan syarat dalam tender Kantin sekolah rendah Cina menyentuh tidak boleh jual barangan yang tidak halal, dan perjanjian kontrak itu perlu dipersetujui oleh pihak kanteen melalui guru besar sekolah, hari ini memberi jawapan kepada pihak media China Press.


Boleh menyebabkan kualiti sekolah rendah Cina berubah


Beliau berkata, pihak Dong Zong risau jika sekolah rendah Cina dipaksa patuh peratuan kantin sekolah rendah kebangsaan, tidak boleh jual barangan yang tidak halal, akan menyebabkan kualiti sekolah rendah Cina akan berubah.


Beliau berkata, surat kontrak kantin yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran menunjukkan beberapa klausa perjanjian itu sama dengan kontrak kantin di sekolah rendah kebangsaan, jika ia dipaksa bermakna itu sebagai salah satu langkah pertama mereka berniat untuk mengubah kualiti sekolah rendah Cina.


Budaya makan dan minum adalah salah satu budaya Cina yang penting untuk anak-anak kaum Cina, tidak boleh memaksa sekolah rendah Cina mematuh cara kantin di sekolah rendah kebangsaan.


Beliau berkata, kantin sekolah rendah Cina perlu mengesuai cara makan minum kelaziman murid-murid Cina di sekolah rendah Cina, kerana kebanyakan sekolah rendah Cina dipenuhi dengan anak-anak Cina, tidak boleh kerana segelitir murid bukan Cina mahu ubah budaya pemakanan dan minuman di kantin sekolah rendah Cina.


Chou Chong Han berkata, mengikut akta pendidikan tahun 1996, di sekolah-sekolah pelbagai aliran boleh menggunakan cara pengurusan pengelola sekolah itu sendiri untuk membuat keputusan termasuk kantin di sekolah.


“urusan kantin sekolah bukan di bawah penjagaan jabatan Pelajaran, ia dikendalikan oleh pengelola pihak sekolah.”


Beliau menyeru guru besar dan pihak pengelola sekolah ambil perhatian terhadap isu ini, kerana ia boleh menyebabkan kualiti sekolah rendah Cina berubah, jawantankuasa gabungan pengelola sekolah rendah Cina timbulkan isu ini memang satu perkara yang baik.




Tajuk II


Dong zong risau orang muslim ambil alih kantin di sekolah rendah Cina


Chou Chong Han berkata, pihak Dong Zong risau, jika pihak sekolah rendah Cina ikut cara dan arahan surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran, dimana ikut butir dan kontrak yang ada, ia boleh menyebabkan kantin sekolah rendah Cina akan dikendalikan oleh orang muslim.


Beliau berkata, banyak program khas yang ditempatkan di sekolah rendah Cina ataupun program pendidikan pra-sekolah, menetapkan pihak kanteen sekolah menjual menu makanan halal.


Chou Chong Han juga sebagai pengerusi pengelola di salah sebuah sekolah menengah Cina, beliau berkata, pihak sekolah yang di bawah pengelolaan beliau masih belum terima sebarang surat seumpama yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran itu.


Beliau berkata, selama ini pihak pengelola sekolah yang mengeluarkan tender kantin, kerana itu di bawah kuasa pengelola pihak sekolah, kontrak kantin juga di bawah olahan pengelola sekolah, jika perjanjian kontrak kantin diserahkan kepada guru besar, bermakna telah melanggar kuasa dan peraturan pihak pengurusan pengelola sekolah.


Chou Chong Han berkata, sejak tahun 2006 Dong Zong telah melancarkan “kempen kesedaran Pengelola Sekolah”, supaya dapat menyedarkan pihak pengelola sekolah batas-batas dan tanggungjawab mereka, kuasa pengurusan kantin juga di bawah pihak pengelola sekolah, termasuk pusat jualan buku-buku dan pengurusan dewan sekolah.


Beliau menegaskan “Jika semua kuasa diserahkan kepada guru besar, bermakna kita sudah tidak perlukan bahagian pengelola sekolah lagi.”


disalin dari blog http://tunfaisal.blogspot.com/


Panglima : dalam hal ini jika mereka mengalu-alukan murid bukan Cina bersekolah di sekolah aliran Cina sudah tentu tidak akan berlaku masalah di atas. Mengupah muslim memasak untuk makanan halal bukanlah satu perkara yang susah tetapi apakan daya mereka menolaknya.

Wajar perkara di atas dilihat dalam konteks lebih luas dalam membandingkan apakah CINA DAP akan mengambil kira pandangan umat Islam jika mereka menguasai Kerajaan masa hadapan. Jika di sekolah pun mereka enggan bertolak ansur apatah lagi jika menguasai Malaysia sudah tentu tidak ada lagi tolak ansur yang akan mereka beri kepada kita sebagai umat Islam.

Orang Melayu Islam dalam PAS akan disalahkan jika CINA DAP memerintah Malaysia kerana perpecahan Melayu Islam hari ini dibantu secara konsisten oleh PAS yang mengkafirkan sesama Islam sejak dahulu hingga sekarang sebelum datangnya PKR yang timbul selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari Kerajaan pada 1998.

Dosa perpecahan dan memecahkan umat Islam sangat besar kerana ia bercanggah maksud kedatangan utama Nabi ke alam ini iaitu untuk menyatukan umat agar bersatu di bawah ISLAM bukan sebaliknya dengan menaja perpecahan.

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sakit hati saya membaca artikel ini.Lebih-lebih lagi dengan orang Melayu PAS dan PKR yang sama-sama bekerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu/Islam yang ada ketika ini.

awekaste berkata...

salam

cina yg dok urus sekolah cina skg ni ialah cina yg telah di doktrin oleh mca/umno/bn selama 50 tahun.

hang jgn dok buat polimik yg dap pun mcm mca kapiat tu.

hang ingat dap tu otak busuk mcm hang tu ko.

wassalam

hidup rakyat

Tanpa Nama berkata...

Sekolah kebangsaan ada dan sekolah agama islam(arab) pun ada.

Yang si melayu ini gatal hendak hantar anak ke sekolah cina itu apa pasal lah?

Padan muka lah kalau anak makan makanan yang tak halal

Panglima Perang Cyber berkata...

Kalau nak elak sakit hati maka kita kena undi BN dan tolak Pakatan.

Tanpa Nama berkata...

kepala otak ko undi bn!!! undipakatan rakyat la bodoh !!!

Cari Blog Ini

Translate