Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Disember 2011

Bersama DS @ZambryKadir di Majlis Anak Perak Di Perantauan

Malam ini bertuah kerana dengan takdir Allah dapatlah Panglima bertemu lebih dekat dengan insan yang kini memimpin sebuah negeri yang pernah menjadi tumpuan utama nasional satu masa dahulu, kerana jatuh ke tangan pembangkang sebelum kembali dirampas tIdak lama selepas itu.

Beliau Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir seorang yang sangat rendah hati dan bersahaja dalam berbicara. Patutlah beliau dapat bersama PM ke Mekah menunai haji.

Pujian bukan kerana diberi atau mengharapkan wang tetapi demi menyampaikan kebenaran agar sifat baik itu boleh dicontohi oleh orang lain selepas ini.

Begitu juga jika berlaku perkara yang perlu ditegur maka kita perlu meluahkannya dengan cara baik dan hikmah agar ia dapat dibetulkan.

Tidak guna memuji kerana mengharapkan wang kerana ia sebenarnya akan menyamakan kita setaraf dengan haiwan yang menyalak ketika lapar dan akan senyap bila diberi makan.

Blogger perlu berdiri atas kaki sendiri dan tidak akan tunggu kepada suapan mahupun gertakan di dalam menyampai kebenaran yang sememangnya penuh dengan rasa kepahitan.

Malam ini juga YB-YB Perak turut hadir bersama bertemu rakyat Perak di perantauan. Selain Ketua Bahagian.

Alangkah bagusnya jika pertemuan sebegini dikerapkan oleh pemimpin kita. Berdialog dengan rakyat terutama di perantauan dan bersabar mendengar luahan hati mereka.

Dalam ucapan. MB Perak menyentuh isu 'hitam metalik' yang hangat diperkata. Selain itu soalan-soalan yang diajukan telah dijawab dengan panjang lebar.

Sempat juga bersua dengan sahabat lama Taiping Mali yang masih belum sembuh sepenuhnya dari kemalangan yang menimpa beliau beberapa bulan yang lalu. Selain saudara Zul Azhar 1Agenda dan geng yang turut sama hadir memberi baju tanda Ahli Kehormat kepada Ds Zambry.

Itu dulu setakat ini dan bertemu lagi di hari terakhir pejuang Islam bangsa Melayu di PWTC esok hari !

Ada lagi kisah menarik. Tunggu di entri seterusnya. Hanya di blog Panglima.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate