Mahasiswa UPSI Adam Adli jelas pengikut fanatik PKR seperti gambar tertera di atas. Blogger Angin Perubahan telah menyiarkan gambar beliau yang berselimut parti Anwar Ibrahim yang sememangnya membuktikan tindakan biadap menurunkan bendera Presiden UMNO di PWTC Sabtu lalu adalah didalangi PKR.
Walau sekuat mana mereka cuba menafikan, kehadiran Tian Chua dan juga Chegubard semasa membuat laporan polis (klik video sini) membuktikan Pakatan kian terdesak sehingga menggunakan anak muda kita untuk melakukan perbuatan biadap yang tidak pernah dibuat.
Bayangkan bagaimana nasib mahasiswa jika mereka dengan mudah menjadi tali barut dan alat kepada pakatan yang rakus mencari keuntungan tanpa mengeluarkan modal yang besar demi meraih keuntungan politik yang akhirnya boleh menjahanamkan masa depan mahasiswa yang sepatutnya menjadi pelapis kepimpinan negara.
Sebelum ini gambar Adam Adli bersama Anwar Ibrahim sudah pun tersebar. Kepada yang belum melihatnya boleh tengok di bawah :
Hubungan intim Anwar Ibrahim bukan setakat di gambar tetapi juga terlanjur ke kamar twitter seperti yang dapat anda saksikan di bawah. Bagaimana boleh dinafikan perbuatan biadap Adam Adli dengan bukti kukuh sebegini?
Selain Anwar, Ambiga juga juga dilihat menyokong tindakan Adam Adli seperti anda dapat lihat bukti di bawah. Ketua Perusuh Jalanan seperti Ambiga yang mengetuai Bersih 2.0 sememangnya suka melihat mahasiswa menjadi 'keldai' mereka !
Kebenaran membuktikan ada agenda tersirat cuba dirancang menggunakan proksi mahasiswa yang masih belajar seperti Adam Adli demi keuntungan politik Pakatan.
Kenyataan ingin menghuru-harakan Malaysia demi Adam Adli yang dibuat AMK juga membuatkan kita tertanya-tanya apakah istimewanya budak ini sehingga keamanan Malaysia sanggup digadaikan kerananya ?
Mungkin gambar intim Adam dengan Anwar menjadikan penyokong Pakatan sanggup buat apa sahaja demi membodek Kepala Pakatan Rosak mereka yang sedang senak kepala menunggu detik dihantar ke penjara Sg Buloh tidak lama lagi.
Lihat komen oleh AMK PKR di sini yang mendesak dihentikan ancaman terhadap Adam Adli. Walhal mereka sepatutnya menghentikan provokasi liar lagi biadap mahasiswa seperti Adam Adli bukan sebaliknya.
Tidak mustahil kegiatan mencetuskan kemarahan rakyat khasnya penyokong Barisan Nasional akan semakin rancak menjelang keputusan kes liwat Anwar Ibrahim yang dijangka diketahui 9 Jan 2012 akan datang seperti yang diulas Blogger Keris 7 Lok di sini
Apakah kita akan biarkan mahasiswa IPT negara kita menjadi mangsa 'diliwat' oleh politikus yang tidak bermoral ? Apakah kita sanggup biarkan anak muda Melayu Islam kita menjadi mangsa permainan politik sehingga menggelapkan masa depan mereka ? Apakah ini yang dihajati oleh anda semua ?
Jika tidak maka marilah kita bersama-sama tidak kira dari mana, untuk kita menghalang mereka dengan pena siber yang kita ada.
Demi Alif Agama Ba Bangsa dan Ta negara Malaysia !
Video Adam Adli berceramah bersama Chegubard ada di bawah :
Lihati durasi 0.10 dan 4.21 nama Chegubard disebut yang jelas pro PKR dan Pakatan Rosak.
Seorang lagi dalang menghasut pelajar melawan Kerajaan iaitu Fahmi Reza juga disebut oleh AA dan untuk kenali siapakah Fahmi Reza anda perlu pergi ke sini http://anginperubahan.blogspot.com/
Sekian mohon disebarkan.
3 ulasan:
Iklan Jawatan Kosong di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor :
Jawatan : Tukang Bacuh Kopi Super
Gaji : RM 2,000.00
Elaun Tugas Khas : RM 3,000.00
Insentif Khas :Melancong Luar Negara
Keutamaan kepada yg berwajah 'jambu'
Jerawat jambu batu dilarang sama sekali hehe
I berwajah 'rambutan'. takleh ek?
Catat Ulasan