Majlis fatwa berhak tentukan ajaran itu sesat atau tidak
15/12/2011 1:17pm
KUALA LUMPUR 15 Dis. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan berhak menentukan sama ada sesuatu ajaran atau fahaman yang dibawa oleh kumpulan tertentu sebagai sesat atau menyeleweng.
Bagaimanapun beliau berkata, penentuan mengenai perkara itu perlu melalui proses penelitian yang dilaksanakan di peringkat jawatankuasa fatwa negeri-negeri sebelum dibawa kepada muzakarah fatwa kebangsaan.
"Oleh kerana menghubungkaitkan ajaran dan pegangan menjadi sesat bukan perkara enteng dan dianggap akademik biasa tetapi memerlukan penelitian agama mendalam, kerajaan menggunakan mekanisme paling tinggi iaitu menggunakan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini ketika menjawab soalan Dr. Johari Mat yang ingin tahu siapa bertanggungjawab menentukan sesuatu ajaran itu sesat atau menyeleweng. - BERNAMA
Siapa yang belum kenal siapa Dr Johari Mat perlu melihat artikel oleh Abu Syafiq di bawah ini
http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/08/teguran-ilmiah-buat-dr-johari-mat.html
Antara yang diulas oleh beliau :
" FITNAH JOHARI MAT TERHADAP AKIDAH IMAM AS-SYAFI'E.
Dengan penjelasan tadi, dapatlah diingatkan sekali lagi bahawa bukan kesemua yang disandarkan kepada Allah itu dikira sebagai sifat Allah.Malangnya Johari Mat (KIAS) telah menyandarkan sifat bagi Allah yang mana Allah sendiri tidak mengatakan Dia bersifat sedemikian. Dan sekali lagi saya mengatakan bahawa bukan kesemua yang disandarkan kepada Allah itu dikira sebagai sifat Allah.
Dalam pengumpulan kertas kerja seminar yang menyebarkan ajaran Wahhabi serta memfitnah dan menipu akidah Imam Syafie dinamakana sebagai Seminar Al-Imam Al-Syafii'i dia ( Johari Mat) menyatakan :pada mukasurat 109 cetakan Karya Bestari:
Antara akidah Al-Imam Al-Syafi'i mengenai sifat Allah:v) Sifat al-Qidam (kaki)Al-imam Al-Syafi'i mengithbatkan (mengakui kewujudan sifat qidam seperti beliau mengakui sifat-sifat lain.vi) Sifat Asba'(jari)
Demikian teks Johari Mat & sila rujuk artikelnya bertajuk AL-IMAM AL-SYAFI'I - PEGANGAN DALAM ALIRAN AKIDAH.
Saya mengatakan:Qodam (kaki) dan Asba'a (jari) apabila disandarkan kepada Allah bukanlah bererti anggota bagi Allah kerana Allah maha suci dari bersifat demikian.Nabi Muhammad tidak pernah mengajar kita apabila mendapat anak maka namakan dengan Abdul Qodam ( hamba Kaki)atau Abdul Asba'a (hamba Jari).
Begitu juga apabila kita berdoa Nabi tidak pernah mengajar kita sebutlah memuji nama dan sifat Allah sebagai Ya Qodam Wa Ya Asba'a..Wallahi tidak pernah!.
Sekiranya kaki dan jari adalah sifat mutlak bagi Allah, saya mohon anak-anak Wahhabi selepas ini dinamakan anak mereka bersandarkan sifat tersebut sebagai Abdul Qodam (Hamba Kaki) atau Abdul Asba'a (hamba Jari)atau berdoa dengan Wahai Allah Yang Maha Berkaki dan Maha Berjari.
Bukankah kita dianjurkan berdoa dengan menyeru nama dan sifat Allah?!Akan tetapi perkara tersebut bukanlah sifat bagi Allah.
Saudaraku..Ketahuilah apabila kaki dan jari disandarkan kepada Allah maka ianya bukanlah sifat mutlak bagi Allah bahkan tidak harus mengatakan Allah sifatnya berkaki dan berjari. Tidak harus juga melakukan sepertimana yang dilakukan oleh Johari Mat ini. "
Untuk info, Dun Kelantan (PAS) mencalonkan Dr Johari Mat sebagai Senator atas cadangan MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Link ada di sini :
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3907-dun-kelantan-lantik-dr-johari-mat-sebagai-senator
Berdasarkan kajian Ulama antaranya seperti anda dapat lihat dalam artikel Abu Syafiq di atas, Dr Johari Mat adalah antara golongan yang dimasukkan dalam golongan pro wahabi.
Perlantikan beliau yang dicadangkan oleh Nik Aziz tidak pelik kerana semua sudah kenal siapa Nik Aziz yang juga dianggap antara yang dimasukkan kumpulan yang pro wahabi.
Buktinya klik sini : http://hafizhandasah.blogspot.com/2009/11/nik-aziz-wahabi-tok-guru-pondok.html
Pengalaman mendengar sendiri dari mulut tok guru muda dan tua Kelantan mengesahkan hal di atas. Penuntut sekolah pondok terutama Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas boleh ditanya berkenaan hal ini.
Cuma yang menjadi kehairanan ialah kenapa tokoh ini menjadi ahli panel Jakim? Adakah kerana gelaran DR beliau atau untuk membolehkan fahaman wahabi diserapkan secara halus dalam badan terulung agama Islam Jakim?
Link beliau menjadi ahli panel Jakim :
http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/06/setiap-wahhabi-adalah-pengganas.html
Blog ini milik seorang pegawai Jakim yang dikata setengah pihak agak lunak dengan Wahabi!
Semoga sebarang cubaan untuk merosakkan akidah umat Islam hatta melalui agensi kerajaan yang memelihara akidah Islam seperti Jakim akan dipatahkan dengan usaha kita semua.
Selain fahaman menentang kerajaan oleh sesetengah pegawai Jakim yang sememangnya tidak diajar oleh Al Quran mahupun Sunnah yang menyuruh kita bersyukur kepada yang memberi kebaikan kepada kita.
Wallahu A'lam.
1 ulasan:
bro, pautan link abu syafiq tu sgt meragukan. sila rujuk video ni:-
href="http://www.youtube.com/watch?v=5ns0pRFJixs&feature=g-u&context=G2f8c525FUAAAAAAAMAQ
Catat Ulasan