Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Disember 2011

Mahkamah Batalkan Saman Penganut Syiah Kepada UTUSAN Malaysia @bharianmy @UMonline


Mahkamah batal saman pengikut syiah terhadap Utusan


2011/12/14

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, hari ini berjaya dalam permohonan bagi membatalkan saman yang difailkan seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lalu berhubung artikel yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia. 

Hakim Datuk V T Singham membenarkan permohonan Utusan untuk membatalkan saman Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz selepas mendengar hujahan peguam M Reza Hassan yang mewakili Utusan dan Azhana Mohd Khairudin bertindak bagi Mohd Kamilzuhairi.
Dalam keputusannya, Hakim Singham memutuskan plaintif (Mohd Kamilzuhairi) gagal menimbulkan kausa tindakan yang munasabah terhadap defendan pertama(Utusan).
Beliau berkata, kenyataan yang dikatakan menfitnah dan disiarkan di Utusan Malaysia pada 17 Disember itu tidak sama sekali merujuk kepada plaintif. 

Hakim Singham berkata, beliau bersetuju dengan hujahan peguam defendan bahawa keputusan mahkamah hari ini harus konsisten dengan keputusan yang dibuat pada 31 Oktober lalu berhubung saman yang sama. 

Pada tarikh itu, Hakim Singham membenarkan permohonan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammad Khusrin Munawi yang dinamakan sebagai defendan kedua dan JAIS sebagai defendan ketiga bagi membatalkan saman Mohd Kamilzuhairi. 

Hakim Singham juga menolak permohonan Azhana bagi menggantung prosiding kes saman terhadap Utusan sehingga selesai rayuan mereka berhubung keputusan mahkamah pada 31 Oktober lalu, diputuskan di Mahkamah Rayuan. 
Beliau berkata, plaintif gagal menunjukkan sebarang fakta atau alasan khas bagi mahkamah membenarkan permohonan untuk menggantung prosiding itu. 

Beliau memerintahkan Mohd Kamilzuhairi membayar kos sebanyak RM4,500 kepada Utusan. 

Pada 16 Jun lalu, Mohd Kamilzuhairi menfailkan saman terhadap penerbit dan pencetak akhbar harian Utusan Malaysia dan akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, Muhammad Khusrin dan JAIS atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu. 

Mohd Kamilzuhairi mendakwa pada 16 Disember tahun lalu, Muhammad Khusrin dan JAIS mengeluarkan kenyataan fitnah yang kemudiannya disiarkan di Utusan Malaysia pada 17 Disember. - BERNAMA 





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate