Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Disember 2011

MB Selangor @khalid_ibrahim Hormati Kenyataan Dr Hassan Akan Keluar Pakatan Sertai Parti Seperti Umno - Sinar Harian


Komen Hasan kenyataan peribadi: Khalid

Oleh : SH SELANGOR&KL/RISWANDI RAZAK
Tarikh : December 14, 2011




SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menyifatkan kenyataan Exco Hal Ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berhubung bersama Umno adalah komen peribadi.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kenyataan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pendirian Pakatan Rakyat (PR) mahupun Kerajaan Negeri.


Menurutnya, PR sentiasa mengamalkan prinsip menghormati pandangan peribadi mana-mana pemimpin, namun beliau menegaskan bahawa wujud peraturan tertentu.


"Saya berpendapat kenyataan beliau (Hasan Ali) hanya bersifat peribadi sahaja, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kaitan dalam kenyataan tersebut.


"Dalam PR terdapat peraturan untuk menghormati pendapat setiap parti, sebarang perubahan dalam pengurusan di peringkat negeri akan dibincangkan dalam PR," katanya kepada media, hari ini. Ketika ditanya percanggahan pendapat yang kerap berlaku dalam PR terutama isu apabila melibatkan Hasan, beliau berkata, perbezaan tersebut adalah perkara normal dalam mana-mana parti.


Sebelum ini, Hasan Ali menegaskan bahawa beliau akan terus bersama dengan mana-mana organisasi atau parti yang memperjuangkan tiga prinsip iaitu Agama Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja-raja.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu juga tidak menolak kemungkinan akan menyertai mana-mana yang memperjuangkan tiga prinsip termasuk termasuk Umno di masa hadapan.

http://www.sinarharian.com.my/politik/komen-hasan-kenyataan-peribadi-khalid-1.12319


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate