Alhamdulillah usaha membanyakkan keturunan arnab telah berjaya pagi ini. Hehe
Sebenarnya arnab Panglima telah beranak pagi ini.
Anda ada info atau pengalaman memelihara arnab yang boleh dikongsi?
Sent from my Samsung Galaxy Tab 7.0
Semasa tidur sebentar selepas Subuh menikmati cuti Krismas yang panjang, Panglima terkejut apabila isteri memberitahu arnab yang dinama Lala sudah beranak.
Agak panik kerana kali pertama menyambut kelahiran arnab tetapi sedikit panduan yang diperolehi di blog http://www.nuristimewa.com/tips-penjagaan-arnab.html telah memberikan sedikit tips berguna untuk memastikan anak arnab yang baru lahir akan terus hidup.
Agak lucu pada awalnya arnab putih iaitu Ciki disangka betina namun selepas diperiksa maklumat dari blog di atas ada memberitahu arnab betina yang akan mencabut bulu, maka fahamlah bahawa arnab cokelat yakni Lala ibunya yang sebenar.
Sebenarnya sejak semalam lagi arnab betina Lala mencabut bulunya, namun kerana kejahilan menyebabkan kami merasa tidak ada apa-apa yang berlaku. NAMUN selepas melihat kelahiran anak Lala pagi ini barulah kami sekeluarga faham kenapa ia berlaku.
Selepas disatukan dari dipisahkan beberapa ketika, atas tanggapan arnab jantan akan memakan anaknya, Ciki nama gelaran anak panglima kepada arnab jantan, kembali bersama anaknya.
Lala juga dibiarkan kembali bersama anaknya selepas dipisahkan sementara. Disebabkan kesilapan 'teknikal' hehe.
Nama kedua arnab spontan diberi oleh anakanda Panglima sewaktu mula memelihara arnab tersebut beberapa bulan yang lalu...
Penat membasuh tahi arnab tetapi apabila melihat hasilnya tentu makin berbaloi usaha memelihara arnab yang sebulan sekali khabarnya akan beranak. Boleh jual jika ada sesiapa berminat.
Anda ada info atau pengalaman memelihara arnab yang boleh dikongsi?
Silalah beri komen di bawah ini. Mana tahu ia berguna untuk menambah pengalaman memelihara arnab yang turut diberi air rebusan beras kepada anak kecil Ciki Lala yang belum disusu oleh ibunya hasil maklumat blog di atas..
Walaupun mati seekor, namun lima ekor yang lain akan dijaga sebaik mungkin demi mengelakkan murka dan azab Allah jika kita tidak menjaga dengan baik binatang yang dipelihara oleh kita.
Walaupun mati seekor, namun lima ekor yang lain akan dijaga sebaik mungkin demi mengelakkan murka dan azab Allah jika kita tidak menjaga dengan baik binatang yang dipelihara oleh kita.
Oh ye apakah nama sesuai untuk lima ekor arnab Panglima? Nama Hang Tuah dan empat saudaranya? Hehe... Tolong ye jika ada idea.
Sekian, wassalam.
Sent from my Samsung Galaxy Tab 7.0
1 ulasan:
asalam.. ade gambor ibu susuan sekali yek..sapalah yg bertuah ter...
Catat Ulasan