Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Disember 2011

Panasss - Dr Hassan Ali Tegaskan : Saya Perlu Redha Allah Bukan Redha Presiden PAS !!!

KEMASKINI:

Apa lagi istilah yang paling sesuai kalau inilah keadaannya. Rasanya tidak silap kalau kata Datuk Dr Hasan Ali sudah ' kena main' oleh PAS Selangor dalam isu pencalonan semula untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri beliau, Gombak Setia.

Ini gambarannya yang diperolehi dari sidang akhbar khas Exco Kerajaan Negeri Selangor yang ramai dihadiri wartawan di rumahnya di Kuala Lumpur pagi Isnin.

Pelik sebagai wakil rakyat di kawasan itu Dr Hasan kata beliu tidak tahu menahu bila pencalonan untuk pilih calon dibuat yakni bila pencalonan dibuka,bila pencalonan tutup dan berapa undinya.

Beliau diminta mengulas pengumuman Ketua Penerangan PAS Selangor,Saari Sungib mendakwa Dr Hasan tewas kepada tiga calon lain dalam pencalonan oleh PAS cawangan Gombak Setia.Ini,katanya bermakna diperingkat PAS Selangor beliau tidak akan dipilih bertanding semula pada pilihanraya umum ke 13.

Saari berkata nasib Dr Hasan samaada bertanding atau tidak kini terserah kepada pucuk pimpinan PAS.

Dr Hasan kata beliau musykil isu pencalonan itu tiba-tiba ' meletop' ketika beliau menerima anugerah bintang sempena hari keputeraan Sultan Selangor.

Beliau bagaimapun kata tidak kisah kalau PAS tidak calonkanya semula pada PRU13.

"Biar masa dan keadaan tentukan...saya akan seberang jambatan ikut cara saya...iaitu pentingkan Islam...saya tidak perlu DAP  atau PKR sokong saya ...biarlah Tuhan nilai perjuangan saya,"tegasnya.

Menurutnya beliau juga tidak memerlukan pengitirafan PAS Selangor maupun Presiden PAS.

"Apa yang saya perlu ialah Allah sukakan saya"ujarnya.

Diasak lagi samada beliau akan meninggalkan PAS,bekas Persuruhjaya PAS Selangor sebelum digugurkan selepas Muktamar PAS baru-baru ini itu berkata ia bukan sesuatu yang mudah kerana sudah lama bersama parti itu.

Katanya beliau perlu minta pandangan banyak pihak termasu rakan-rakan,mufti dan kalangan veteran parti.

Namun tambahnya, beliau mungkin akan tinggalkan mana-mana organisasi yang tidak utamakan Islam,Melayu dan Raja-raja.-12/102011-  OLEH ROSLAN BIAN - BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL

Gugur Hasan Ali:Apa lagi yang boleh Haji Hadi cakap kecuali ' tak betul...tak betul'

Para wartawan yang membuat liputan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang  melancarkan risalah Negara Berkebajikan di Shah Alam petang Ahad lebih berminat nak tahu kedudukan Datuk Dr Hasan Ali berbanding risalah propoganda parti itu.

Semua orang nak tahu betulkah Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu akan digugurkan sebagai calon dalam pilihanraya umum ke-13.

Namun respons daripada Presiden PAS itu nampaknya tidak lebih daripada 'jawapan politik".

Tanpa mahu menghurai panjang isu berkenaan, beliau hanya menyifatkan gembar gembur mengenai kemungkinan Dr Hasan tidak dicalonkan semula sebagai ' cakap suratkhabar'.

"Tak betul... tak betul...," katanya.

Alasan yang diberi ialah PAS  masih belum berbincang mengenai soal calon untuk mewakili parti itu pada PRU13.

Beliau menambah  soal calon itu hanya boleh disahkan selepas proses penamaan calon diadakan memandangkan tidak ada siapa yang tahu bila PRU-13 akan diadakan.

Hakikatnya bukan sahaja PAS malah semua parti termasuk Barisan Nasional sendiri belum menetapkan calon masing-masing.

Sebaliknya 'cakap suratkhabar' bukan tidak ada asasnya. Ia terbit dari 'pergerakan' ke arah itu di mana Dr Hasan awal-awal sudah ' dimandikan'  oleh PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia yang diwakilinya.

Beliau kalah dalam pencalonan untuk dicalonkan semula bertanding pada PRU 13 .

Dari segi teknikalnya beliau tidak layak lagi kerana ada calon lain yang menang pencalonan berkenaan.

Kini nasibnya hanya bergantung kepada keputusan pimpinan atasan PAS.

Semua orang tahu beliau dulu digugurkan sebagai Persuruhjaya PAS Selangor dan bikin PAS dan pakatan pembangkang angin satu badan dengan pendiriannya tentang pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya.

Secara tersurat dan tersirat kedudukan Dr Hasan bagai telur di hujung tanduk.

Pencalonan PAS Gombak Setia dalam pencarian calon bagi kawasan berkenaan bagai meletak paku di keranda.

Jadi apa lagi yang boleh Haji Hadi kata selain itu ' cakap surat khabar'.-11/12/2011


Dr Hasan Ali jadi korban cacamarba PAS

Barangkali benar apa keluhan bekas seorang pemimpin tertinggi PAS Pusat. Perjuangan untuk Islam hampir tinggal pada nama parti itu sahaja.
Sejak 'mabuk' kemenangan pembangkang yang menafikan majoriti dua pertiga BN dalam PRU 12, PAS semakin ketagih mahu sama-sama berkuasa dengan PKR dan DAP.

Bagi memudahkan hasrat itu, PAS perlu mengadaikan maruah parti serta mengorbankan beberapa pemimpin ulama yang ditewaskan dalam pemilihan parti lalu.

Antaranya Nasaruddin Md Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kesudahannya Mohamad Sabu terpilih menjadi liabiliti kepada PAS selain Datuk Mahfuz Omar  – yang karektornya terlalu banyak komen itu ini dianggap 'pak lawak' PAS.

Terbaharu, bagi menggapai impian itu, Datuk Dr Hasan Ali pula dikorbankan apabila PAS Selangor mengesahkan bahawa bekas pesuruhjaya negeri itu tidak menerima pencalonan mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Ikut cerita Ketua Penerangan PAS negeri, Saari Sungib, cawangan di setiap kawasan akan mengemukakan nama tiga calon, yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan pusat parti.

"Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung," katanya.

Oleh itu, di peringkat kepimpinan negeri, nama Hasan tidak ada dalam senarai calon, tetapi Saari berkata kepimpinan pusat boleh memasukkan namanya dalam senarai kemudian.

"Biasanya bagi kerusi negeri, kami beri keutamaan kepada orang yang tinggal di kawasan berkenaan," jelas Saari.

Pelik. Dr Hasan bekas Pesuruhjaya tetapi masih kekal sebagai Exco tidak cukup pencalonan untuk membolehkan bertanding PRU 13.

Pelik juga apabila PAS tiba-tiba menetapkan syarat atau keutamaan kepada orang yang tinggal di sesuatu kawasan sahaja boleh bertanding di tempat berkenaan.

Justeru itu, timbul persoalan yang semakin meruntun hati sesetengah pemimpin, ahli dan penyokong PAS, adakah mereka yang kuat memperjuangkan Islam dan mahu mengembalikan PAS kepada matlamat asalnya, akan dicantas atau disekat daripada terus bertanding dalam pilihan raya mahupun dalam parti.
 
Memang bukan rahsia lagi pendirian Dr Hasan dalam beberapa perkara sering bercanggah keputusan kerajaan PKR Selangor dan secara peribadi bekas pakar motivasi itu kerap berlaga angin dengan DAP.

Keretakan jelas tergambar dalam isu pemeriksaan JAIS ke atas sebuah gereja di Petaling jaya tidak lama dulu.

Itu mungkin juga alasan Dr Hasan mahu ' dimandikan' dan diketepikan daripada bertanding dalam PRU 13.

Namun adalah sesuatu yang amat malang, jika demi mempertahankan Islam, Dr Hasan 'ditamatkan' khidmatnya dengan tidak memberi ruang beliau terus bertanding nanti.

Tidak dapat disembunyikan juga cakap-cakap, semua ini melibatkan percaturan politik musuh Dr Hasan di Selangor.

Ada pihak mengaitkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sehingga Dr Hasan tidak lagi berpeluang jadi calon kecuali PAS Pusat memberi lampu hijau.

Pertelagahan Khalid dan Dr Hasan juga bukan rahsia bagi pemimpin dan ahli PAS di Selangor.

Mungkin boleh Dr Hasan disingkirkan jika itu permainan politik tetapi amat malang jika beliau jadi korban kerana memperjuangkan Islam.

Apakah ini hadiah PAS kepada pengorbanan dan jasa-jasa Dr Hasan?.

Bagaimanapun, Dr Hasan tidak perlu menangisi kekecewaan jika tidak boleh bertanding atas tiket PAS dalam PRU 13.

Ketepikan kemungkinan beliau bertanding tiket BN sebaliknya Dr Hasan boleh bertanding tiket Bebas.

Peluang beliau menang cerah kerana jasa Dr Hasan bukan kecil di kawasan DUN sekarang selain pendirian tegasnya mempertahankan isu Islam dan kakitangan awam di Selangor.

Andai ini jadi kenyataan, bayangkan masa berkempen nanti pasti banyak pekung pembangkang akan diselak oleh Dr Hasan.

Beliau mungkin tidak membuka tembelang dalam PAS tetapi DAP dan PKR kena bersedia mendengar bagaimana Dr Hasan menceritakan seribu satu rahsia hasil perkahwinan haram ke tiga-tiga parti itu. –
11/12/2011- OLEH ROSLAN BIAN

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/dr-hasan-ali-jadi-korban-cacamarba-pas.html
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 ulasan:

hilbert berkata...

Salam bro,

sangat pelik,,,PAS sering mendakwa asas perjuangan parti mereka adalah Islam tetapi kenapa mereka benci betul dengan pemimpin dalam kalangan sendiri yang jelas kuat mempertahankan Islam, contoh seperti YB Datuk Hassan Ali, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa serta bekas pemimpin mereka juga YB Datuk Zulkifli Nordin

Panglima Perang Cyber berkata...

mereka bawa Iselam...bukan Islam dibawa Junjungan.

Cari Blog Ini

Translate