Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Disember 2011

Sokong Kenyataan DS Zahid Hamidi : Pakatan Tidak Perlu Campur Soal Pembelian Aset Pertahanan Malaysia

Beli aset pertahanan: Tidak perlu libat pembangkang
05/12/2011 9:15pm


LANGKAWI 5 Dis. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin dengan kemampuan dan ketelusan jawatankuasa penilai ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tanpa perlu melibatkan pembangkang dalam soal pembelian aset pertahanan negara.


Beliau berkata, sistem perolehan pembelian aset pertahanan dibentuk oleh Kementerian Kewangan, dan sebelum sesuatu produk dibeli, ia dinilai sebuah jawatankuasa yang wujud dalam perkhidmatan tentera darat, udara atau laut.

“Kita yakin dengan sistem yang sedia ada yang telah ditentukan Kementerian Kewangan dan kita yakin dengan jawatankuasa penilaian yang ada.

“Kalau aset-aset itu dikehendaki tentera darat (contohnya), jadi jawatankuasa tentera daratlah yang akan buat penilaian untuk tentukan spesifikasi,” katanya kepada pemberita di atas kapal KD Jebat yang berlabuh di jeti Awana Porto Malai untuk Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 2011), di sini hari ini.

Penilaian bukan sahaja dibuat daripada sudut teknikal sahaja malah mengambil kira soal pemindahan teknologi dan keuntungan yang bakal diperoleh negara pada masa panjang, terutama kepada industri pertahanan tempatan. – Bernama

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagilah peluang kat Pakatan Rakyat untuk belajar membeli peralatan perang yang canggih.

Selama ini mereka hanya tahu dan mampu beli meriam buluh saja.

Cari Blog Ini

Translate