Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Disember 2011

Sokongan Kepada Tok Pa Yang Disukai Rakyat - Termasuk Ahli PAS - Jadi MB Kelantan !!!

gambar : Umno-Online


Kelantan: Mustapa sedia jadi MB, tapi serah pada Najib 

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melahirkan kesediaan untuk berhadapan dengan kepimpinan Mursyidul Am PAS yang popular, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengetuai kerajaan negeri jika menguasai pilihan raya umum ke-13.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini memberitahu The Malaysian Insider, "di bawah situasi normal, sesiapa sahaja ketua Umno negeri akan mengetuai (kerajaan) negeri jika menang (pilihan raya)."



Barisan Nasional (BN) tewas di Kelantan di tangan PAS pada pilihan raya umum 1990. Sejak itu negeri tersebut diketuai parti Islam tersebut.

"Pertama, dia (ketua Umno negeri) akan mengetuai parti dalam pilihan raya. Secara konvensyen, itu yang akan berlaku. Jika kami menang, lazimnya dia akan menjadi MB.

"Ia laluan normal yang diambil, tetapi kita tidak boleh membuat andaian terlalu awal. Ketua (Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno) akan menentukan perkara ini, saya akan ikut arahan sebagai 'seorang pengikut setia anda'," kata beliau.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli mendapat sokongan padu daripada kalangan akar umbi Umno di negeri Pantai Timur itu.

Ketua Pembangkang di Kelantan Datuk Che Alwi Ahmad juga menggambarkan Mustapa yang popular dikenali sebagai "Tok Pa" sebagai bakal menteri besar Kelantan dari sebelah Umno-BN.

Mustapa, pemegang ijazah sarjana muda kelas pertama dalam jurusan ekonomi dan ijazah sarjana pembangunan ekonomi kini mengetuai gerakan kempen "Gelombang Merah" untuk mendapatkan balik negeri Kelantan daripada penguasaan dua dekad PAS.

Difahamkan pemimpin-pemimpin PAS juga bimbang mengenai aspek pengganti kepimpinan di negeri itu dengan mengambil kira usia Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, mencecah usia 80 tahun pada tahun ini. PAS didakwa tiada gambaran yang jelas mengenai bakal pengganti Nik Aziz.

Mustapa pernah dilihat sebagai bakal menteri besar ketika pilihan raya umum 2004, di mana beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas tetapi Umno-BN gagal menguasai negeri itu.

Ketika itu PAS menang 24 kerusi manakala BN pula 21.

Empat tahun kemudian, Datuk Awang Adek Hussin yang kini merupakan Timbalan Menteri Kewangan membawa peranan sebagai bakal menteri besar tetapi Umno hanya menang enam kerusi.
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.




sumber : http://www.themalaysianinsider.com/ 






Panglima : melihat keadaan terkini Tok Pa adalah calon paling layak dan juga disukai oleh rakyat. Termasuk orang PAS.


Penampilan beliau yang sederhana juga memudahkan jentera parti melancarkan serangan untuk menawan hati rakyat.


Yang penting, tolonglah kita bersatu padu jangan berebut jawatan.


Ada masa ketika kita pula akan naik jadi orang pertama di Kelantan.


Tolong demi masa depan agama bangsa dan negara kita.


Cukuplah UMNO dimalukan 21 tahun dan sekarang masanya untuk kita kejar kembali kemunduran yang ditinggalkan parti Iselam.


Masa masih ada dan mari kita buktikannya.




Baca berita awal tahun ini yang menunjukkan keseriusan Tok Pa untuk menawan Kelantan :



MACHANG, 9 Jan – Barisan Nasional (BN) Kelantan menyasar memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi daripada keseluruhan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan perubahan dan minat rakyat terhadap Umno dan BN akhir-akhir ini.
Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perubahan sikap turut berlaku di kalangan rakyat di kawasan kubu kuat PAS seperti Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kuala Krai.
“Kerajaan PAS yang memerintah sekarang gagal menangani masalah seperti penyediaan pembekalan air yang sempurna, masalah banjir, berlaku rampasan tanah rakyat di Lojing dan kekurangan kemudahan asas walaupun PAS diberi peluang memerintah Kelantan selama 20 tahun,” katanya di sini hari ini.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata BN akan memberi tumpuan khusus terhadap kawasan yang sukar ditembusi selama ini di samping mengekalkan sokongan di kawasan yang dijangka BN boleh mencapai kemenangan.
Beliau berkata kesemua pemimpin Umno bahagian telah diarah supaya turun padang untuk bertemu rakyat bagi menerangkan mengenai masalah yang gagal diatasi oleh PAS, sehingga menjelang pilihan raya kelak.
Majlis penerangan mengenai isu semasa di Kelantan juga akan dibuat melibatkan pengundi yang berada di luar Kelantan seperti di Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, katanya.
“Sokongan mereka ini yang merupakan 15 peratus daripada jumlah pengundi yang berdaftar di Kelantan sangat perlu bagi merubah senario politik di Kelantan,” katanya.
Mengenai kemungkinan berlaku lagi amalan “cah keting” atau sikap menikam dari belakang di kalangan ahli Umno sendiri menjelang pilihan raya, Mustapa berkata perkara itu sudah dapat dibendung.
“Keputusan dua pilihan raya kecil iaitu di DUN Manik Urai dan Galas menjadi bukti dan model apabila tiada kegiatan itu dilakukan oleh mana-mana pihak,” jelasnya.



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate