Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Disember 2011

Blogger @Muslioli Tulis Kenapa Keluar Parti UMNO Dan Pandangan Panglima Secara Peribadi


KENAPA SAYA KELUAR DARI UMNO?

Parti UMNO adalah parti pertama saya menjadi ahli pada 1994. Sungguhpun saya pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Cawangan USNO Kg Petagas, saya tidak pernah menjadi anggota parti itu secara rasmi.
Saya di Edinburgh, Scotland selama 5 tahun dan balik ke Sabah pada September 1994. Ketua UMNO Bahagian Kota Belud pada masa itu ialah Datuk Seri Salleh Said. Dia juga Menteri Kewangan Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah. Sebaik bertemu, dia menjemput saya menyertai UMNO.

Pada masa yang sama, abang kandung saya Jamlidi Hj Oli adalah Ketua Bahagian PBS. Dia dijangka akan menentang Salleh Said di Parlimen Kota Belud atau DUN Usukan jika PRU diadakan kerana PBS adalah parti pembangkang ketika itu. 

PBS pimpinan Tan Sri Pairin hanya kembali kepangkuan BN pada tahun 2001 setelah tewas pada PR negeri tahun 1999. 

Walaupun abang saya seorang pemimpin kanan PBS, saya memilih UMNO kerana saya kenal UMNO. Saya pernah belajar dan mengajar mata pelajaran sejarah. Saya tahu siapa Onn Jaafar, Tunku Rahman, Tun Razak, Tun Hussien. Saya tahu sejarah Malayan Union.

Saya yakin berdasarkan sejarah perjuangannya UMNO adalah parti terbaik kepada saya dan rakyat Sabah!

Saya juga yakin parti UMNO boleh meneruskan agenda yang diperjuangkan rakyat Sabah melalui PBS tanpa perlu berkonfrantasi dengan kerajaan Pusat. Perjuangan memulihkan Perkara 20, Borneonisasi, otonomi, masalah PTI dan banyak lagi isu negeri, pada hemat saya rasa lebih mudah ditangani jika parti UMNO yang menerajuinya kerana hubungan yang rapat kepimpinan UMNO negeri dengan pimpinan tertinggi negara.

Begitulah tingginya harapan saya kepada UMNO!

Selepas berlalu PRU 1995, 1999, 2004, 2008......Dan selepas 9 orang KM Sabah bertukar ganti sejak UMNO masuk ke Sabah. Bermula dengan Tun Sakaran Dandai, Datuk Salleh Said Keruak, Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Dompok, Datuk Osu Sukam, Tan Sri Chong Kah Kiat dan Datuk Musa Aman. Isu seperti royalti, perkara 20, PTI dan Borneonisasi masih tidak mendapat perhatian yang serius.

Kepimpinan UMNO Sabah dan Pusat terus mendendangkan lagu pembangunan. Manakala rakyat Sabah terus bergelumang dengan pelbagai masalah ekonomi dan sosial. Kadar kemiskinan masih di tahap yang tinggi. Kadar pengangguran terus berada dipuncak statistik negara.

Jika ada 100 belia dari Sabah yang berkelayakan mencari pekerjaan ke tanah Semenanjung, dimana kah mereka bekerja? Peluang hanya mampu dapat kerja sebagai GRO, tukang urut di Bukit Bintang atau kerja Kilang di Sungai Way. Sebaliknya jika ada 100 belia dari negeri-negeri dari Semenanjung ke Sabah, mereka akan menjadi ketua-ketua jabatan persekutuan, pegawai kanan dan kontraktor Petronas.


UMNO adalah parti yang terbaik kepada orang Melayu di Tanah Melayu!!

Saya sedih keluar dari parti yang terus mengungguli perjuangan membela agama, bangsa dan negara seperti UMNO. Saya amat menghormati prinsip UMNO untuk membela umat Melayu. Tapi untuk UMNO membela dan memperjuangkan hak-hak orang Bajau, Kadazandusun, Murut, Ubian, Brunei, Orang Sungai, Kadayan, Bisaya, Tatana, dan rakyat pribumi Sabah yang lain barangkali belum sampai masanya!

BERSAMBUNG ESOK...
Blog Muslioli (gambar kanan) di sini  http://muslioli.blogspot.com/





Panglima sendiri mempunyai isteri dari Sabah dan mahu menceritakan serba sedikit tentang kehidupan orang Sabah di Semenanjung.


Ramai di kalangan mereka menjadi orang besar di dalam Kerajaan termasuk di Jabatan Perdana Menteri dan tidak daif seperti gambaran Musli Oli. Bahkan mereka berjaya hasil usaha keras dan bantuan yang diberi oleh Kerajaan. Samada bekerja kerajaan sebagai doktor, askar, polis atau membuat perniagaan, orang Sabah di Semenanjung yang Panglima lihat dalam keluarga isteri, tidak miskin dan mereka lebih berjaya dari orang Semenanjung sendiri. 

Sekurang-kurangnya mereka mempunyai rumah dan kereta dan mampu menanggung persekolahan anak. Jika orang Sabah malas, sudah tentu sama sahaja nasib mereka dengan mana-mana anak Semenanjung yang tidak berusaha keras. 

Zaman sekarang zaman persaingan dan kita harus ajar anak bangsa berdikari tanpa meninggalkan usaha membantu jika mereka perlukannya.

Kemakmuran ekonomi tidak terhad kepada orang Semenanjung sahaja dan kata-kata Musli Oli yang sinis di atas boleh membawa kepada prejudis dan menyubur semangat kenegerian.

Bukankah kita semua 1Malaysia ???

Jika Musli Oli sedar realiti sudah tentu dia tidak akan keluar parti yang menadah tangan menjemputnya, kecuali dia ada agenda dan telah pun mendapat sesuatu yang mengkhayal dan melupakannya walau sekadar janji palsu cuma.

Pakatan dari dulu hanya pandai berjanji dan anda jangan terkejut jika janji hanya tinggal janji dan anda terkial-kial seorang diri.

Jika menepati janji sudah tentu tidak akan keluar PKR 6 Ahli parlimennya, 5 Adunnya, Timbalan dan Naib Presidennya, Setiausaha Agung termasuk Majlis Tertingginya selain peguam Melayunya Zulkifli Nordin.

Perkara ini baru sahaja diulang Presiden Parti UMNO semasa ucapan yang disaksikan oleh Panglima sendiri di PWTC Sabtu lepas.

Kepada saudara blogger Musli Oli, jangan biar kemarahan dan ketamakan menguasai diri anda yang panglima nampak mempunyai karisma untuk meningkat lebih tinggi di kemudian hari.



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

2 ulasan:

AJAI62 berkata...

Assalam Bro

Takan dah sekian lama berada dalam UMNO baru sekarang nak cerita keburukan UMNO... Mesti ada yang dia tak dapat dari UMNO...? Saya pun pernah berkhidmat di SABAH dan punya ramai kawan...ok aje... Orang kalau ada agenda untuk diri sendiri akan gunakan apa saja taktik untuk kepentingan diri sendiri... Tak gitu Bro...

Tanpa Nama berkata...

Betul,pokok pangkalnya usaha..xkn ada org yg gagal kalau dia berusaha keras dan paling pnting tawakal perlu seiring..hnya sekodar ckp rakyat sabah hidup xterbela amatlah xrelevan..itulah bila ada perasaan xpuas hati,xdpt apa yg dikehendaki cpt betul menuding jari...tp kalau bg alasan mcm musli oli ni.sy xbersetuju..satu lg,jgn anggp kita sudah hebat kalau pernh ajar subjek sejarah..apa kaitannya?ini bukan ayat2 org perjuangan..ni hanya ambil kesempatan..

Cari Blog Ini

Translate