SHAH ALAM, 16 DIS : Walaupun Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan kemelut dalaman yang melanda parti itu tidak akan menjejaskan Pas, seorang
penganalisis politik sebaliknya meramalkan keadaan itu bakal meranapkan masa depan parti itu dan Pakatan Rakyat.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, jika keadaan yang berlaku dalam Pas pada waktu ini tidak dapat diselesai dan
dirungkai satu persatu, ia akan memberi kesan buruk kepada parti pembangkang itu.
" Jika keadaan itu bertambah kusut lagi selepas ini, ia boleh memberi kesan kepada pemimpin dan parti politik.
" Persengketaan ini boleh dilihat sebagai pertembungan di antara kumpulan konservatif dan erdogan dan saya percaya dalam konteks ini, penyokong masing-masing juga akan memainkan peranan,"katanya memberitahu AntaraPos.com.
Beliau pada masa sama menjelaskan, keadaan ini juga bakal memberi kesan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 sekiranya konflik dalam Pas itu tidak dapat
dileraikan.
Tambahan pula katanya, kedua-dua pemimpin utama Pas itu, Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa punyai kelompok penyokong masing-masing.
" Bagi Pas mereka tidak boleh kehilangan kedua-dua pemimpin ini kerana Pemuda dan Dewan Ulama telah memberi sokongan kepada kedua-dua individu tersebut dan bagi Pakatan Rakyat, jika keadaan ini berterusan, ia juga boleh mengurangkan sokongan terhadap gagasan itu,"katanya.
"Barangkali bukan dari kalangan ahli yang setia kepada parti tetapi dari kalangan pengundi atas pagar,"tambah beliau lagi.
Terdahulu, Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan dilaporkan meminta Hasan meneruskan perjuangan tanpa meninggalkan jemaah dan Pemuda sedia bersama-sama dengannya demi memartabatkan Islam.
Ia diikuti, Dewan Ulama Pas yang kemudiannya tampil mempertahankan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur Kemudahan Awam Selangor itu.
Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, pertembungan dua kelompok dalam Pas ini dilihat lebih kepada personaliti dan ideologi perjuangan di mana kedua-dua pemimpin, Hasan dan Nasharudin masih mempertahankan idelogi perjuangan mereka.
" Saya percaya perjuangan yang cuba ditonjolkan oleh kedua-dua pemimpin itu lebih kepada perjuangan ideologi politik yakni cuba menegakkan Islam demi kepentingan orang Melayu yang barangkali mungkin sukar diterima oleh yang berada dalam pakatan pembangkang itu sendiri yang boleh mengganggu-gugat kerangka dasar yang telah dipersetujui di peringkat pakatan pembangkang,"katanya.
Bahkan menurut Sivamurugan, adalah sukar untuk Pas dan DAP yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat mencapai persefahaman dalam segenap aspek memandangkan kedua-duanya mempunyai agenda perjuangan asal masing-masing.
DAP katanya, mungkin tidak mampu untuk berkompromi tentang negara Islam dan hukum Hudud manakala Pas pula, adakah sanggup untuk parti itu berkompromi dalam segenap hal atas kepentingan politik hanya semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan semasa.
" Dalam hal ini kedua-dua pihak, walaupun buat masa ini berkompromi untuk senyap dan berdiam dalam isu tersebut tetapi dalam satu jangka masa, ahli-ahli akan mula menyoal di manakah hala tuju parti politik masing-masing, apakah mampu untuk melahirkan satu titik keseimbangan di antara parti yang berada dalam pakatan
tersebut,"ujar beliau lagi.
http://antarapos.com/v1/index.php?page=content.php&newsid=1503&type='news
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan