Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Januari 2012

@anwaribrahim saman Utusan RM50 Juta Semalam


Anwar saman Utusan RM50 juta

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan Melayu) berhubung penyiaran artikel bertajuk Tolak Anwar - Hassan tiga hari lalu.

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Daim & Gamany di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Januari lalu di muka hadapannya telah dengan salah dan berniat jahat mencetak serta menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya.

Selain Utusan Melayu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Menurut Anwar selaku plaintif, akhbar Utusan Malaysia pada tarikh yang sama di muka surat 10, di bawah tajuk Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak, pihak defendan telah dengan salah dan berniat jahat mencetak serta menerbitkan perkataan fitnah.

Dakwanya lagi, pihak defendan telah membuat tuduhan yang sama dalam akhbar tersebut untuk beberapa hari sebelum penerbitan pada 17 Januari lalu.

Bagi Anwar, perkataan fitnah itu dalam makna asal dan biasa merujuk kepadanya dan membawa maksud antara lain dirinya tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang, seorang pemimpin Muslim yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam atau menyeleweng.

Anwar menyatakan, ia juga menggambarkan dirinya tidak mempunyai reputasi yang baik serta seorang rendah moral.

Plaintif berkata, perkataan fitnah itu berasaskan kepada temu ramah antara beliau dengan BBC.

Namun Anwar menyatakan, bagi majoriti Melayu Muslim di Malaysia, perkataan-perkataan itu secara khususnya bahawa dirinya berniat untuk membenarkan homoseksualiti.

Perkataan fitnah tersebut, kata Anwar, telah menjejaskan kedudukannya dalam politik dan reputasinya secara peribadi serta mendatangkan kesengsaraan kepada keluarganya.

Anwar sehubungan itu antaranya menuntut ganti rugi RM50 juta serta ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya selain perintah injunksi bagi menghalang pihak defendan daripada terus menerbitkan perkataan fitnah tersebut.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm


Panglima :

Ini bermakna isu temuramah dengan BBC untuk menghapuskan undang-undang lapuk seperti liwat memberi impak yang besar kepada Anwar melalui tindakannya menyaman Utusan Malaysia semalam.


Namun ia tidak akan mampu mengembalikan rakyat kepada beliau.


Soalnya adakah Malaysia akan lebih baik jika Anwar menjadi PM Malaysia?


Jangan lupa iktibar 2008 menyedarkan kita bahawa CUBAAN mengundi Pakatan untuk MENCUBA telah menghasilkan kemudaratan kepada ekonomi, politik, sosial dan juga agama.


Kemarahan setengah pihak kepada BN juga menyebabkan mereka memilih mengundi Pakatan. NAMUN MEREKA JUGA YANG MENYESAL AKHIRNYA melihat satu persatu agama, bangsa dan negara diperlekeh oleh Pakatan.


Sekarang bukan masanya untuk mencuba, sekaranglah masa untuk zahirkan keyakinan kita kepada Kerajaan dengan mengajak rakan taulan mengundi BN pilihanraya akan datang.

ABU : Asalkan Bersama Umno


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate