Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Januari 2012

Perdana Menteri DS @NajibRazak dan Dr Zahid Hamidi Bersama Bekas Pengarah Perisikan Amerika Di Sidang GMM



NAJIB Tun Razak bersalam dengan Dennis C. Blair pada Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Khalek Awang. - UTUSAN/ASWAD YAHYA




KUALA LUMPUR 19 Jan. - Gerakan kesederhanaan tidak boleh sekadar mengkritik dan menggunakan pendekatan yang hanya bersifat ceramah dalam membendung aktiviti ekstremisme.

Sebaliknya, kata bekas Pengarah Agensi Perisikan Amerika Syarikat (AS), Laksamana (B) Dennis C. Blair, pendekatan pilihan perlu ditawarkan untuk membolehkan golongan ditindas, hilang harapan dan marah berbuat sesuatu untuk menangani dan mengubah masalah yang mereka hadapi.



"Saya percaya gerakan ini mampu menawarkan pilihan positif berasaskan prinsip kesederhanaan," katanya ketika berucap di majlis makan tengah hari pada Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global 2012 di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut berkesempatan menghadiri majlis tersebut manakala Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertindak sebagai pengantara. Turut serta Pengarah Persidangan Antarabangsa GMM, Khalek Awang.

Terdahulu, Najib mengadakan pertemuan secara tertutup dengan delegasi dari Organisasi Baitul Muslimin, Muhamadiyyah dan Nahdatul Ulama, Indonesia.

Mereka diwakili oleh Ketua Baitul Muslimin, Prof. Hamka Haq dan wakil Nahdatul Ulama, Prof. Masdar Mas'udi, Prof. Abidin Fikri, Prof. Ady Kuschantanto, Prof. Hamid Basyaib dan Prof. Abdul Muni.

Blair berkata, dasar kesederhanaan jelas dapat dilihat ketika kebangkitan rakyat di negara-negara Arab baru-baru ini selain pergerakan pemberontakan yang dilakukan oleh Mahatma Gandhi di India; Martin Luther King (AS), Nelson Mandela (Afrika Selatan), Lech Walesa (Poland), Corazon Aquino (Filipina) dan Vaclav Havel (Czech).

Beliau memberitahu, berdasarkan kajian ke atas suku terakhir abad ke-20, kira-kira 67 peralihan kuasa berlaku di negara yang mempunyai pentadbiran autokratik, 70 peratus atau 47 negara dicapai tanpa menggunakan keganasan dan daripada jumlah itu, 31 negara bebas beberapa tahun kemudian.

"Daripada 20 peralihan kuasa yang dicapai melalui keganasan, hanya empat buah negara mencapai kebebasan. Justeru, di sini kita dapat melihat pendekatan tanpa keganasan lebih membawa kejayaan berbanding keganasan," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate