Panglima baru sahaja selesai sesi kelas asas fotografi digital hari ketiga. Belajar dengan jurugambar VVIP berpengalaman luas merakam gambar Agong dan Perdana Menteri. Banyak perkara ingin dikongsi bersama anda semua tentang apeture, shutter, rule of third, panning, stop motion dll. Ilmu yang diterima hari ini sesungguhnya sangat berguna untuk diguna jika sudah ada wang untuk memiliki kamere DSLR satu hari nanti. Meleleh juga air liur melihat kamera DSLR yang mampu merakam gambar dengan berbagai teknik yang tidak susah untuk dipelajari namun sangat sukar jika tidak didedahkan atau belajar dengan pakar fotografi. Harap ada rezeki nanti.
Kesempatan menulis sedikit tentang isu semasa berdasarkan info dan analisa segera setakat pengalaman yang ada, bukan mampu dilakukan setiap kali timbul isu yang baru. Kekangan masa dan komitmen kerja menyukarkan usaha menulis pesanan kepada pembaca agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan cerita karut dan fitnah yang dilempar oleh setengah pihak kepada pemimpin dan isteri pemimpin kita.
Kisah Dr Aziz Bari yang menghentam Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan, ialah satu lagi serangan yang seperti digerakkan oleh tangan ghaib di belakangnya. Tangan ini jugalah yang menyuruh beliau sebelum ini barangkali mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang merosakkan imej lawan samadan BN atau dari dalam Pakatan yang tidak sealiran dengan nada songsang perjuangan perkauman dan anti Islam mereka.
Kenapa panglima sebut songsang?
Kerana jelas sehingga kini rakyat telah disongsangkan pemikiran mereka. Seperti dirasuk syaitan sehingga kes peribadi telah disongsangkan menjadi kes nasional demi menyelamatkan masa depan seorang pemimpin mereka yang begitu terangsang syahwatnya menuju Putrajaya.
Kesongsangan ini jugalah yang menjadikan anak muda kita yang masih belajar di Universiti seperti UPSI termasuk KUIN menjadi songsang dengan membuat perkara yang songsang mengikut norma kehidupan termasuk di sisi pandangan orang yang tidak belajar tinggi hingga ke Universiti.
ADAKAH TIDAK SONGSANG MAHASISWA MUDA KITA BERBARING TENGAH JALAN DI WAKTU TENGAH MALAM UNTUK BUAT HURU-HARA? ?
Perkara ini mungkin tidak menjadi isu besar kepada orang yang telah tercampak ke dalam lembah kesongsangan akibat perbuatan mereka yang suka mencari titik hitam dan songsang dalam diri orang lain termasuk dalam urusan pentadbiran Kerajaan. Ibaratnya jika bahan yang keji itulah tanda
Ibarat kata orang yang suka menagih dadah sahaja yang menyukai dadah dan juga golongan yang terjebak dengan dadah sedangkan orang yang tidak songsang akan merasa marah melihat penagihan dadah bukan membela mereka apatah lagi berkawan rapat dengan penagih tersebut.
Dr Aziz Bari tidak layak menjadi ahli akademik jika hanya bersuara dilihat untuk tujuan dan kehendak tangan ghaib di belakangnya. Kisah hubungan rapat Anwar dengan beliau bukan lagi satu rahsia yang tertutup. Google jika anda tidak percaya.
Sebelum beredar tontonlah video perbezaan jenama Canon dan Nikon. Khabarnya sekarang Nikon sudah mula dipercayai sehingga digemari ramai jurugambar termasuk di kalangan agensi Kerajaan. Siapa mahu derma kamera Nikon DSLR D7000 seperti di atas boleh hubungi Panglima :-)
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan