Panglima terkejut pagi ini berita panas sedang tersebar kononnya pengawal peribadi Azizah ( bukan pegawal Anwar ke ) yang juga pernah menjadi 'benteng' semasa Bersih 2.0 sehingga luka di muka bernama Fayyadh, dimasukkan ke hospital kerana disuntik racun.
Tajuk di portal2 dan blog2 Pakatan ditulis
Fayyadh, Pengawal Peribadi Wan Azizah Disuntik Racun
menjelaskan kepada kita apakah motif mereka mereka cipta cerita seperti ini menjelang perhimpun 901 Anwar yang khabarnya tidak akan disertai DAP dan sudah dipatahkan dengan kenyataan terbuka Dr Hassan Ali.
Lihat beberapa blog siar tajuk racun, beberapa blog yang lain morfin, mana satu kita mahu percaya ?
Blog Greenboc tulis racun http://greenboc.blogspot.com/ manakala blog lain tulis morfin. Ternyata mereka cuba menipu tetapi Allah mendedahkan penipuan mereka dengan kesilapan mereka sendiri.
Dr Novandri pula menulis klik sini blog Novandri...
Sebagai doktor perubatan, MiM tergelak besar apabila membaca twitter di atas. Si penulis itu sudah pasti tolol dalam perubatan kerana morfin tidak boleh dimasukkan ke dalam badan hanya sekadar 'terasa dicucuk jarum' sahaja!
Picagari diperlukan dan jika sampai nazak, ianya bermakna dose morfin yang digunakan tinggi.
Dan sepanjang pengalaman MiM sebagai doktor perubatan, tempoh untuk cucuk dan menekan tombol picagari (intramuscular IM injection) sehingga habis cecair (1 cc) di dalam picagari itu akan mengambil masa lebih kurang 5-8 saat!
Hanya jika Fayyad merelakan diri beliau disuntik sahaja maka proses menyuntik segala cecair di dalam picagari itu akan dapat dilakukan dan sudah tentu amat mustahil ketika bersesak di depan orang ramai!
Manakala, tempoh kehadiran morfin di dalam plasma darah adalah kira-kira 20 minit. Maka, segala simptom morfin tidak mungkin akan berlaku secara tiba-tiba!
Why with all this crap?
Dalam hal ini, Panglima nampak agenda mereka ialah :
- Menimbulkan ketakutan kepada rakyat Malaysia menjelang 901 Anwar esok hari.
- Menjadikan semangat rakyat yang sudah mula meluat kepada Anwar kembali bertukar simpati kepadanya
- Memberi tekanan kepada pihak Hakim agar tidak menyabitkan kesalahan liwat kepada Anwar.
- Menaikkan Penang Daily yang dipelopori Zainulfaqar Yaacob yang pernah menjadi wartawan Harakah dan rakan rapat PKR dan DAP sejak dahulu hingga kini. Beliau teruk dihentam selepas video kegagalannya berdebat dengan Dr Novandri disiarkan. Selain menjadi 'proksi' PKR dalam PAS dengan menyerang Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan geng Ulama.
- Menutup malu jika tidak ramai yang akan membanjiri perkarangan mahkamah esok hari.
- Membatalkan perhimpunan esok hari atas alasan keselamatan selepas pelbagai pihak termasuk NGO dan Persatuan Mahasiswa menolak perbuatan menggunakan pelajar membela kes liwat Anwar.
Kesimpulannya : Kuasa Allah tidak mampu dilawan manusia. Siapa mahu lawan akan 'terbakar menjadi arang' walau seluruh tentera Dajjal akan digunakan untuk anak emas Dajjal yang jelas meliwat kesucian Islam, Melayu dan Malaysia dengan perbuatannya.
Sebelum pergi Ahli PAS perlu tengok video ini
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan