Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Januari 2012

Fergie belum panik MU tewas berturut-turut


Penyerang Newcastle United dari Senegal, Demba Ba (dua dari kanan) melepasi pertahanan Manchester United untuk menjaringkan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris di St James Park, semalam. Newcastle menang 3-0. - AFP


NEWCASTLE - Alex Ferguson menegaskan ini bukan masanya buat mereka untuk menekan butang panik walaupun Manchester United tewas buat kali kedua berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris - kali ini kepada Newcastle dengan keputusan 3-0, semalam.

Kekalahan itu menyebabkan United ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

Kekalahan berturut-turut itu adalah kali pertama dalam tempoh 10 bulan dan mereka kini sedang dihambat oleh Tottenham Hotspur yang berada di tangga ketiga.

Ditambah pula bakal berdepan seteru utama mereka, City minggu ini, prestasi Red Devils mula mencemaskan peminat setia mereka, namun Ferguson tetap kekal tenang bahawa mereka masih mampu mengejar kedudukan City yang semakin bermotivasi untuk menamatkan kemarau kejuaraan liga selama 44 tahun.

''Sudah tentu ia memberikan kelebihan kepada City. Mereka bijak mengambil kesempatan apabila bermain sehari lebih awal dan mencatatkan kemenangan.

''Satu perkara yang menggembirakan ialah kami mempunyai dua atau tiga pemain kembali dan mungkin itu akan berikan kelainan.

''Ini bukan masanya untuk panik, kami perlu bersabar dan belajar daripada pengalaman untuk berdepan tekanan," katanya.

Ferguson berkata, selaku juara bertahan mereka tahu bagaimana mahu mengekalkan aksi konsisten sehingga akhir musim dan menambah: ''Kalah dalam perlawanan bukan satu perkara sesiapa mahukan tetapi ia telah berlaku.

''Namun kami akan membuktikan kredibiliti yang sebenar pada bulan Mac dan April nanti, dua bulan yang penting dalam menentukan hala kejuaraan liga.''

Gol sendiri yang memalukan daripada Phil Jones pada masa kecederaan melengkapkan hari penuh malang buat United selepas gol menarik daripada Demba Ba dan sepakan percuma Yohan Cabaye memastikan kemenangan pertama Newcastle dalam tempoh dua bulan dan kekal di tangga ketujuh liga.

Wayne Rooney gagal menyerlah selepas menjalani penggantungan satu perlawanan dan didenda kerana melanggar peraturan tinggal di rumah ketika Krismas. - AFP



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate