Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Januari 2012

Gelagat Muslimat PAS Jerit Mampus UMNO Disiar Utusan Malaysia Hari Ini

Rakyat tentu akan terbuka mata melihat semua perbuatan biadap yang dilakukan puak pembangkang bermula dari mahasiswa hinggalah wanita.

Luar nampak cantik tetapi akhlak sangat jelek.

Inilah hasil dari tahaluf siyasi PAS dan jangan pelik mereka semakin teruk selepas ini.

Baca laporan Utusan Malaysian di bawah :

KUALA LUMPUR - Ketika muslimat Pas sering ditonjolkan sebagai kumpulan wanita Islam dengan akhlak terpuji, gelagat yang ditunjukkan sebahagian daripada mereka di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mencerminkan sebaliknya. Meskipun bertudung labuh dengan sebahagian besar daripada mereka berjubah, muslimat Pas itu mempertontonkan gelagat yang cukup memalukan sewaktu menunggu keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan dipimpin oleh seorang ketua yang memegang pembesar suara, muslimat Pas itu menyanyi-nyanyi dan bersorak tanpa mempedulikan orang ramai yang memerhatikan aksi mereka. Lebih memalukan, muslimat Pas itu seolah-olah lupa diri sehingga sanggup mengeluarkan perkataan ''UMNO mampus'' malah ada kalangan mereka yang gagal menjaga aurat dengan selamba bersalaman dengan lelaki bukan muhrim.

Apa yang menjadi persoalan apabila kumpulan muslimat Pas itu turut disertai Ketuanya, Siti Zailah Mohd. Yusof yang bukan setakat tidak melarang gelagat tidak senonoh pengikutnya, malah kelihatan gembira dan bersama-sama meraikannya.Gelagat muslimat Pas itu dirakam dan dimuat naik dalam laman sosial Youtube hari ini dan dipaut oleh beberapa blog. 

Antaranya blog Sel13.com di http://sel13.com yang turut mempertikaikan akhlak muslimat Pas itu sedangkan menurut blog tersebut, Pas satu masa dahulu pernah mengharamkan wanita menyertai tilawah al-Quran kerana suara wanita adalah aurat.''Jika dulu Pas sering mengutuk Wanita serta Puteri UMNO kerana tidak berakhlak dan bebas bersalaman dengan bukan muhrim. Adakah itu berakhlak?''

Walaupun Ketua Muslimah Pas berada di situ tetapi tiada langsung usaha untuk menghalang daripada menghentikan perbuatan tidak berakhlak ahli-ahlinya. Malah, beliau pula yang turut sama bergembira.''Kami tidak berhasrat menulis lebih panjang lagi. Kami pulangkan kepada rakyat untuk menilai akhlak sebenar muslimat-muslimat Pas yang selama ini memperjuangkan Islam melebihi orang lain," demikian menurut blog tersebut.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pakaian ikut syariat ..akhlak ikut Setan !

Tanpa Nama berkata...

Dulu perangai ni ada dikalangan puak puak jantan PAS je, sekarang telah pun berjangkit pulak ke puak betina. apa nak heran kalau perjuangan asas parti boleh berubah, inikan pulak kelakuan ahli ahlinya. Kenapalah bila jadi ahli PAS je, mesti berperangai kasar, mesti lawan Kerajaan, mesti memaki hamun, itu bukan ajaran islam sebenarnya. Orang yang memaki mampus umno tu tak sedar yang dia telah hidup selesa aman damai cukup makan minum atas sebahagian jasa-jasa UMNO juga yang menerajui kerajaan, kita boleh berbalah pendapat atas flatform parti politik, tapi janganlah memaki hamun dengan kata-kata yang begitu dasyat yang tak layak diucapkan oleh insan yang mengaku isle. Orang bukan islam kat luar pun berpolitik tidak seteruk kita dimalaysia ni, dah macam dirasuk iblis dan syaiton.

Dot berkata...

muslimat dah jadi musibat daa!!!!

selama ni kita rasa boleh lagi hormat dgn adab ahli2 wanita pas...

tp bila tengok gelagat mrk berjubah, bertudung labuh tp melilit kepala dgn bandana yg ntah apa2, menyanyi2 lagu berirama gereja di tengah2 jalan selepas kononnya membaca surah ma'thurat & yaasin, maka hilanglah hormat ambo selama ni!!

jauh tersasar dah mrk ni!! habis segala malu, tersingkap syaitan dari dlm hati mrk..buruk benor!!

tak ubah spt dirasuk syaitan semasa mrk melalak2 lagu berirama gereja "Oh when the saint goes marching in'!! NA'UZUBILLAH...

TERCATAT SUDAH OLEH MALAIKAT DI SEBELAH KIRI MRK ...MCM MANA NAK BUANG TU?

Cari Blog Ini

Translate