Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Januari 2012

Malam Tahun Baru Ustaz Azhar Idrus Bersama Zizan Raja Lawak Bukan Anjuran PAS Atau Pakatan Dan Setuju PAS Dilawan !!!

Lihat bukitnya :


Adakah ada sebarang logo Pakatan Rakyat ?

Adakah ada kempen politik ?

Lihat laporan penonton yang hadir di blog ini ...

http://farhancr7.blogspot.com/2012/01/video-ambang-tahun-baru-2012-bersama.html

Jadi kenapa mahu dibelasah ustaz Azhar Idrus sehingga digelar berbagai perkara ?

Maaf anda tidak boleh terlalu benci sehingga menimbulkan kebenciaan 'gila babi' terhadap anda sendiri dan juga orang atau parti yang anda wakilil.

Tolong jangan buat kerja bodoh !!!

Ramai lagi orang lain yang perlu anda hentam selain Ustaz Azhar Idrus !!!

Hadirin 70k yang datang bukan kerana ia dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dan tidak patut ahli politik Pakatan mahu ambil kesempatan atas populariti Ustaz Azhar Idrus.

Yang perlu kita ambil ialah ilmu agama dia. Yang tak betul kita jangan ambil seperti isu-isu yang tidak disepakati majoriti ulama kita.

Kalau mahu hentam dan korek semua kisah lama Ustaz Azhar Idrus bagi Panglima anda menempah lubang kubur sendiri kerana 'tiada beban batu digalas'

Betul ada video lama Ustaz Azhar kritik Umno 'tengkorok kering' tetapi ia sudah lama tahun 2009. Belum tentu ia perkara yang sama dibawa hingga sekarang.

Jika pandangan tersebut belum berubah maka kita perlu jelaskan bahawa UMNO tidak menolak Islam. Jika sudah ramai orang kuat PAS berhijrah masuk UMNO selepas memahami perjuangannya kenapa kita mahu hentam sampai lunyai orang yang tegas dengan agama seperti Azhar Idrus ?

Kenapa berbagai cerita mahu dilemparkan demi mengaibkan beliau ?

Video di bawah jelas Ustaz Azhar Idrus mengatakan tidak mengapa lawan PAS. Kerana PAS bukan agama. Tetapi parti politik. Kerana itu beliau tidak kisah jika Umno lawan PAS. Dan kenyataan beliau juga benar berkenaan hudud kerana ia hukum Allah.



Namun yang tidak difahami sebahagian besar orang lain termasuk Ustaz Idrus juga barangkali, ialah UMNO menolak hudud Islam sedangkan YAB Perdana Menteri menegaskan dengan jelas bahawa UMNO tidak menolak hudud namun mengakui ia tidak dapat dilaksanakan kerana realiti dan persekitaran.

Baca keterangan tentang Hudud sebelum ini yang turut diulas Mufti Mesir

http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/10/mesti-baca-kenapa-mesir-tidak-laksana.html


Lihat video kenyataan PM di blog Pengerusi Unit Media Baru di link bawah :

http://tunfaisal.blogspot.com/2011/09/video-hudud-najibrazak-umno-tidak-tolak.html


Tolonglah, jadi cerdik sedikit... Jangan terlalu emosi sampai nampak kebodohan diri sendiri.






Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boring

Tanpa Nama berkata...

assalam bro, saya setuju sangat. saya ni cikgu sek men. ramai exanak murid saya yg minat sangat kat ustz ni. dan depa ni ramai yg pegang jawatan mpp dkt ipta,kalau tgk facebook depa, selalu upload ceramah ustz ni. pi tgk ceramah dia dan sebagainya. pendek kata depa semua peminat dia.dan depa ni kebanyakannya bakal mengundi buat pertama kali. so bahayalah tgk blogger senior dok cari pasai dgn memburukkan nama dia. cuba panglima bisik22 sikit kat abang22 tu. berita demo upsi pun depa pakat upload kat fbgroup. depa ni ank muda yg tgh berdarah muda. sangat emosional. kalau masa sekolah pun ada yg fanatik tambahan pula dah makin besar.

Tanpa Nama berkata...

saya tak setuju pasal hudud tu.. bila aku dngar statement DS Najib.. adalah tidak wajar bagi dia menyatakan "tidak melaksanakan hukum hudud di Malaysia.. " (statement ini boleh membatalkan akidah, kena berhati-hati)

Saya tegaskan hukum hudud wajib dilaksanakan kerana ianya dari Allah, cuma soal bilakah perlaksanaan hukum hudud itu boleh dilakukan itu hal kedua dan itulah yg perlu mengambil kira persekitaran dll faktor...

walaubagaimana pun, saya bersetuju dgan saudara bahawa jngnlah terlalu taksub dngan parti politik sehingga mencerca org lain.. terutamanya yg dicerca itu seorang yg tinggi ilmu agamanya..

Tanpa Nama berkata...

memang betul..takde masalah nak kritik ustaz nie kalau ade benda salah die buat...tegur atau nasihat...aku suka ustaz azhar ni tapi yang aku tak berkenan bila dia kaitkan isu agama dengan politik parti...sbg contoh bile cite HUDUD je mesti ade kaitkan pas dan umno...sebagai public figure die kena lebih bijak dalam berbicara, sbb dlm kes HUDUD ni dua2 pihak agree yang hudud ni mmg hukum dari ALLAH...(detail kes ni kene rujuk banyak artikel and statement dua-dua pihak..)cuma pelaksanaan dan perbezaan pandangan dalam perincian hukum itu sendiri dan macam-macam lagi...tapi yang mengecewakan adalah apabila pengikut2 ustaz sendiri yang taksub ataupun pengikut parti yang taksub mengambil bulat2 ape yang keluar dari mulut ustaz ni...sbb tu saya mintak ustaz sepatutnya berjaga2 dalam mengeluarkan pandangan atau pendapat....sbb nabi pesan nak berdakawah perlu gunakan kebijaksanaan...bukan asyik nak salah-menyalahkan satu pihak...walhal kita sendiri tak dapat pastikan 100% kebenaran sesuatu berita yang kita dengar....salah jadi fitnah...itu je...ape pun saya doakan ustaz sentiasa dirahmati dan dipermudahkan urusan serta diberkati dalam berdakwah....salam...

Cari Blog Ini

Translate