Semalam blogger pengamal media baru dari UMB telah berkesempatan menemuramah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir tentang isu fitnah salahguna wang zakat yang dibangkitkan di sebalik serangan Pakatan terhadap beliau. Ia diadakan atas permintaan UMB untuk menemuramah secara ekslusif isu tersebut untuk mendapat gambaran sebenar tentangnya.
Sesi bermula jam 3.00 petang dan berakhir tiga jam selepasnya berlangsung sangat santai dengan berbagai soalan dapat ditanya dan dijawab dengan penuh menyakinkan.
PALING MENGEJUTKAN DATUK SER JAMIL KHIR MENDEDAHKAN BELIAU MEMPUNYAI DUA ANAK YANG MENJADI PILOT DI MAS DAN AIRASIA!
Meskipun DSJK tidak mahu membalas balik fitnah dengan menyaman mereka kerana ia akan merugikan masa, tenaga dan wang namun dengan penjelasan ini diharap rakyat akan dapat memahami isu sebenar tanpa terpengaruh dengan dakyah pembangkang.
Sebenarnya pembangkang mahu memusnahkan imej Menteri Agama yang komited seperti Datuk Seri Jamil Khir dan mereka menggunakan Nik Nazmi selain Ketua Pemuda Pas Nasaruddin Hassan untuk merosakkan nama baik beliau. Melemahkan agensi agama dan Menterinya tentu akan menggembirakan pihak Islam Liberal, LGBT, Syiah, Wahabi termasuk Sister in Islam.
Jelas melalui penjelasan panjang lebar oleh DSJK kami dapati bahawa dana yang diguna bukan duit zakat namun ia timbul kerana jawapan yang disediakan pegawai kepada Timbalan Menteri tidak tepat dan mengelirukan. Datuk Seri Jamil Khir semalam menafikan sekeras-kerasnya ia adalah duit zakat kerana ia adalah duit dari tabung guaman yang telah diwujud sejak 1993.
Namun jika ia duit zakat sekalipun kita kena faham ada asnaf dipanggil FI SABILILLAH untuk membiaya kos guaman yang melibatkan Majlis Agama dan atas kapasiti jawatan bukan peribadi yang menjadi pentadbirnya. NAMUN ia tidak berlaku.
Sila rujuk fatwa Mufti Wilayah Persekutuan oada 9 Jan 2012 dan jangan kurang ajar menuduh Mufti diarah jaga Menteri seperti yang dibuat oleh Nasaruddin Hassan yang bacul mendiamkan diri melihat Dr Hassan Ali dibuang dari PAS demi menjaga jawatannya sebagai Ketua Pemuda.
Published with Blogger-droid v2.0.2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan