Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Februari 2012

1.4 Juta Rakyat Selangor Diabai Dapat Air Percuma Oleh Pakatan Rosak

                   Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

                   Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad saw
                              dan keluarga baginda sekelian.

Pagi ini sewaktu menunggu pesawat ke KB kebetulan terjumpa fakta menarik tentang air percuma Pakatan Rakyat. Ia jarang didedahkan dan ini satu fakta ysng sangat menarik kerana ia melibatkan janji Pakatan yang ternyata hanya persepsi yang indah di media sosial namun hancur pada hakikat sebenarnya.

Ia ditemui di FB seorang pemimpin Umno Selangor bernama Dato Suhaimi Shahadan, yang pernah menganjurkan pertemuan blogger dunia di PWTC tahun lepas yang turut dihadiri panglima. Anda boleh mencari maklumat tentang perkara tersebut di blog ini.

Status Fb Dato Suhaimi Shahadan yang dimaksudkan :

Kerajaan negeri Selangor janganlah berbangga dengan pemberian 20 meterpadu air percuma sejak kira-kira 40 bulan mereka memerintah Selangor sebaliknya menunaikan janji agar semua rakyat Selangor menikmati pemberian air percuma ini.

Menteri Besar dan kerajaan negeri jangan terlupa pengguna dengan kod 17 bagi kondominium berjumlah 765 blok dan kod 18 rumah pangsa dengan jumlah 643 rumah pangsa seluruh Selangor yang menggunakan meter pukal.

"Berdasarkan rekod jika semua kod 17 dan 18 ini berhijrah ke meter individu, akan ada pertambahan 350,000 akaun baru. Jika sebelum ini, Menteri Besar menyatakan bahawa seluruh rakyat Selangor menerima pemberian air percuma, bagaimana pula dengan 1.4 juta rakyat Selangor yang tinggal di rumah pangsa dan kondominium ini?

Ini bermakna kerajaan Selangor berhutang dengan rakyat Selangor yang tidak mendapat kupon air percuma (meter pukal) adalah RM167,580,000 (dengan anggaran 350,000 x RM11.40 x 42 bulan). Saya difahamkan setakat ini hanya 35,000 orang sahaja yang mendapat kupon ini sedangkan 1.4 juta penduduk tidak dapat nikmat air percuma ini?

Panglima : rupanya masih ramai tidak dapat air percuma ni. Baru dua hari lepas Panglima berbincang perkara ini dengan rakan twitter Abdullah AlQadri dan pagi ini datanya sudah diperolehi di FB Dato Suhaimi Shahadan.

Jika janji yang dibangga-banggakan seperti pemberian air percuma ini pun gagal diselesaikan, jangan haraplah rakyat akan dapat janji yang lain kerana terbukti mereka bukan pemimpin yang bertanggungjawab.

Nabi saw telah sebut ciri orang munafiq ialah apabila bercakap dia menipu, bila berjanji tidak tepati dan apabila diberi amanah tidak tunaikan.

Bayangkan juga berapa billion akan diguna untuk menunaikan semua janji yang tidak dirancang dengan rapi dalam Buku Jingga yang boleh memusnahkan masa depan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpotensi menjadi negara maju tidak lama lagi.

Sekian, wasslam.

                 Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammadin Waalihi Wasallim

5 ulasan:

rezqeen hill berkata...

makin lama makin cantik pulak gua tgk blog ni.. terbaik bro~ hehe ;p

Tanpa Nama berkata...

Jutaan orang Selangor menikmati ayer percuma. Terima kasih Kerajaan Selangor.

Unknown berkata...

di malaysia ada 5 juta orang-cuma 1.4 juta orang yg x dpt.setiap kali orang bersalin dpt RM200-bila ada orang meninggal ,waris dpt RM 1000
aku nak tanya negeri bwh BN ni ade dpt ker?

Unknown berkata...

terdapt 5 juta orng di selangor - 1.4 juta jer yg belum dapat.di sel ,
sesiapa yg bersalin akan dpt RM200..sesiapa yg meninggal ,waris dpt rm1000 ..kat negeri bwh BN ade dpt ?

Tanpa Nama berkata...

1.4 jer yg belum dpt..4.6juta yg lain dh dpt dh.negeri bwh bn sorang pon x dpt.

Cari Blog Ini

Translate