Namun kejadian Jumaat membuat ada wartawan yang gelak keras perut.
Ianya berlaku tidak terancang.
Hadir sama di situ Dr Rosli.
Di celah sidang akhbarnya itu ada wartawan yang bertanya Dr Rosli apa pandangannya tentang kilang Lynas.
Ini ekoran kehangatan akan berlangsungnya Perhimpunan Hijau dimana PAS sedang sibuk menghasut ahlinya menyertainya.
Dr Rosli telah buat PAS ' angin' pada Ogos tahun lalu bila beliau membuat kenyataan menyuarakan pendapatnya bahawa kilang itu selamat.
Mungkin di luar dugaan Khalid...rakan Ahli Parlimennya itu tidak teragak-agak langsung ulangi pandangannya bahawa kilang itu selamat.
Katanya kilang itu selamat jika diawasi dengan betul.
Dr Rosli juga memberitahu beliau tidak akan turut serta dalam perhimpunan di Kuantan itu.
Apapun katanya terserahlah pada orang Kuantan membuat penentuan mengenai kilang di Gebeng itu yang didakwa oleh Ahli Parlimen PKR Fuziah Saleh tidak selamat.
Cukup melucukan Khalid yang mungkin panas telinga mendengar komen Dr Rosli betul-betul di depannya itu terus kata pandangan Ahli Parlimen Hulu Langat itu adalah pandangan peribadinya bukan pandangan PAS atau pakatan pembangkang.
"Bagi PAS dan PKR...ia tidak selamat," kata mulut Khalid yang tidak ada kepakaran langsung dalam bidang itu.
Ada kalangan wartawan yang hadir pada sidang akhbar itu kedengaran berkata," ini adalah salah satu jenaka politik yang boleh masuk buku sejarah."-24/2/2012
Sent from my Samsung Galaxy Tab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan