Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Saidina Muhammad saw dan kepada keluarga baginda sekelian.
Gambar di atas dirakam sebentar tadi semasa dalam perjalanan dari Besut ke Kota Bharu.
Ia dirakam di simpang empat Kg Binjai Kubang Kerian, kawasan Ahli Parlimen Pas Datuk Husam Musa.
Hudud tidak ditolak oleh UMNO seperti yang ditegaskan Datuk Seri Najib Ab Razak tetapi tidak boleh dilaksanakan lagi kerana keadaan politik semasa negara kita.
Dari segi politik kita juga bukan berkuasa sepenuhnya kerana ia dikongsi dengan MIC dan MCA.
Adakah banner di atas untuk memberitahu bahawa UMNO kafir?
Permainan kafir mengkafir ini tidak lagi sesuai di era teknologi moden hari ini.
Justeru buanglah banner di atas demi mengelakkan perpecahan umat.
Hadis Nabi Muhammad saw menyebut siapa kafirkan orang maka dia akan kafir.
Jangan main-main dengan takfir kerana ia boleh menghapuskan amalan akhirat dan iman kita.
Persoalan hudud sudah dijawab dalam blog Panglima sebelum ini.Tulis hudud di ruangan 'search' dan anda akan temui maklumat yang dimaksudkan.
Salam dari Negeri Cik Siti Wan Kembang dan selepas PRU 13 dengan izin Allah kerajaan Kelantan akan kembali bertukar ke tangan Barisan Nasional.
5 ulasan:
Saya setuju dengan banner tersebut..
Saya pun...
org islam dlm UMNO & PAS adalah org islam...jgn kerana politik kita berpecah belah..
mACAMANA PAKATAN X TERIMA HUDUD... SAPA PULAK KAPIR?
Apakah pemimpin pakatan di Selangor juga telah menjadi KAFIR?
Apakah Exco Agama Islam Selangor juga telah KAFIR?
http://www.malaysiakini.com/news/176720
Fadzly Esa8:00PM Sep 23, 2011 melaporkan;
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Catat Ulasan