Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Februari 2012

Isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) – satu isu politik? Cc @ShahrizatJalil @NajibRazak



Tulisan ini sama dengan pandangan Panglima sebelum ini agar beliau jangan tunduk kepada sebarang tekanan.

Kita yakin Perdana Menteri cukup bijak menangani isu fitnah NFC yang cuba dikaitkan dengan UMNO.

Dengan keadaan kita semakin hampir PRU 13 maka jangan dikeruhkan keadaan dengan mengiakan tuduhan pembangkang.

Pandangan Tun Mahathir juga satu pandangan yang lahir demi memastikan masa depan UMNO BN terus cemerlang.

Kita hormati apa jua pandangan dan tidak lupa menghormati hak Presiden UMNO untuk membuat keputusan.

Baca seterusnya pandangan ikhlas blogger otai Umno-Reform di bawah :

Sememangnya nampak seakan ia menjadi satu isu politik. PKR di bawah Rafizi Ramli – membawanya sebagai satu isu rasuah yang dibayangi dengan hasrat politik. Apa yang lebih dibawa oleh PKR adalah isu ini adalah rasuah dan kononnya UMNO sinonim dengan rasuah. Ini persepsi yang mahu dibentuk. PKR mahu isu yang dikatakan satu isu rasuah ini dijadikan satu bahan jajaan politik untuk menghukum UMNO dan konsentrasi amat jelas ia adalah demi menjatuhkan UMNO.

Hari ini, veteran UMNO, termasuk Tun Dr Mahathir dan Rafidah Aziz juga menyarankan Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO untuk melepaskan jawatan. Tekanan ini diletakkan sebagai satu hukuman yang belum disiasat. Tekanan ini seakan sengaja dilakukan kerana hasrat yang nampak adalah bukan berlandaskan rasuah tetapi adalah untuk menumbangkan Shahrizat. Ini semua adalah niat politik mengatasi usaha mencari kebenaran dan keadilan. Ini sebenarnya melanggar ruangan untuk individu itu mempertahankan diri dan individu itu telah dihukum sebelum keputusan sebenarnya – sebelum perbicaraan – sebelum ruang untuk membela diri diberi kepada individu tersebut.

Keadaan inilah sebenarnya memperlihatkan kekusutan kita dalam politik dan proses perundangan. Motif politik yang mendahului perundangan sebenarnya tidak akan memberi manfaat kepada kita. Pergaulan politik/undang-undang ini sebenarnya bagi www.umno-reform2.com akan mencacatkan ruangan pembelaan diri dan akhirnya hukuman berlaku sebelum keputusan perbicaraan.

Ini memang terjadi. Ini adalah kerana isu ini mahu dijadikan akhirnya sebagai satu senjata politik – menyempurnakan kehendak dendam dalam politik atau menjatuhkan kedudukan politik seseorang untuk diambil semula tempatnya. Shahrizat seharusnya diberi ruangan yang cukup luas untuk membela diri dan tekanan politik luaran dan dalaman akan memberi impak tidak sihat kepada perjalanan kematangan sistem dalam negara kita.

Kita pernah melihat hancurnya ruangan politik kepimpinan tertentu akibat spekulasi dan pembentukan persepsi, akibat tuduhan dan akhirnya dibebaskan. Namun hukuman telah berlaku sungguhpun akhirnya keputusan mahkamah mendapati individu itu bebas dari sebarang pertuduhan. Kes seperti ini wujud.

Benar, kita mengatakan bahawa ada persoalan yang melihatkan kesalahan moral tetapi tidak dan belum dapat disabitkan kesalahan dalam bentuk perundangan TETAPI hukuman ke atas apa yang dikatakan kesalahan moral tetapi bukan perundangan ini amat subjektif dan mampu menghukum sebelum kesalahan terbukti atau menghukum atas sesuatu yang tidak terbukti benar.

Benar ada banyak kontroversi dalam kes ini, tetapi ruangan pembelaan semestinya diberi seluas mungkin dan komen politik – seharusnya di hindar lebih-lebih lagi pembuktian tidak lagi dibuat. Isu Fidlot hari ini terletak di bawah siasatan pihak berkuasa. Kita kena hormat dan membenarkan sistem ini dilaksanakan. Kita perlu memberi ruangan seluas untuk pembelaan dan campur tangan dalam perundangan adalah terlarang. Apa pun kita TIDAK BOLEH menjatuhkan hukuman tanpa pembuktian tepat dan politik tidak seharusnya mendahului hak, peruntukkan kemanusiaan dan perundangan.

Salin dari : http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=1417&Itemid=58&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

zulkifli mohamad berkata...

Dalam suasana sekarang apa jua yang sensasi adalah politik sensasi. Shahrizat pergi Mekah buat Umrah. Anwar hari tu lari ke kedutaan Turki menyorok dan bikin sensasi. Dalam politik mesti ada sensasi, yang pakar sekali adalah Anwar dan Anwarista.

Cari Blog Ini

Translate