Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dibelenggu isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) agar "jangan sayang kepada jawatan".
Bekas Perdana Menteri berkata Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti."Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan.
"Jadi, janganlah sayang jawatan sangat sampai tidak mahu langsung dipisahkan daripada jawatan. Satu hari kita kena pisah juga," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata kepentingan parti harus diberi keutamaan ketika membuat sebarang keputusan.
"Kalau kita fikir ini baik bagi parti, kita patut ambil tindakan tetapi ini terpulang kepada dia untuk membuat apa-apa keputusan," katanya. - BERNAMA
Panglima :
Sebagai seorang negarawan yang sangat dikagumi Panglima, Tun Mahathir sangat mementingkan masa depan parti sejak dulu hingga kini. Sanggup membuang diri dari parti atas kebenaran yang dirasakannya betul.
Kenyataan terbaru Tun Mahathir di atas kena pada masanya. Memberi nasihat sebagai orang tua dan dalam masa yang sama tidak mendesak agar Menteri Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil meletakkan jawatan.
Dalam hal ini kita mengharapkan siasatan dibuat dengan teliti dan semua pihak tidak menghukum orang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. YAB Perdana Menteri sangat bijka menangani perkara di atas.
Tugas kita menjawab fitnah dan tugas rakyat membaca penjelasan yang disampaikan oleh tangan berbisa kita di alam siber.
Ayuh kita serang dan patahkan fitnah Pembangkang bukan menjadi orang yang tidak siuman dengan mengulangi fitnah tersebut.
Jawapan Panglima isu NFC boleh anda ikuti di sini jika inginkan kebenaran :
http://penembak-tepat.blogspot.com/2012/02/isu-perbadanan-fidlot-kebangsaan-nfc.html
http://penembak-tepat.blogspot.com/2012/02/kalahkan-14-dalil-ini-sebelum-kata.html
http://penembak-tepat.blogspot.com/2012/02/sharizat-tidak-perlu-letak-jawatan.html
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan