Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Februari 2012

Sharizat tidak perlu letak jawatan - Ahmad Maslan cc @NajibRazak @ShahrizatJalil

WARTAWAN SINAR HARIAN

10 Februari 2012

JENGKA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak ada sebab untuk meletakkan jawatan ekoran isu kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC), kata Datuk Ahmad Maslan.

Ketua Penerangan Umno berkata, Shahrizat tidak seharusnya meletakkan jawatan kerana suaminya yang merupakan Pengerusi Eksekutif NFCorporation tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.

"Shahrizat tidak seharusnya dibebani dengan masalah NFC ini kerana beliau tidak ada kena-mengena dengan syarikat tersebut walaupun suaminya mempunyai kaitan.

"Itu adalah satu kebetulan. Shahrizat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang suaminya untuk berniaga. Tambahan pula, jika suami atau isteri menteri tidak berniaga, apa lagi kerja yang mereka boleh lakukan," katanya di sini, malam tadi.

Ahmad berkata demikian sebagai respons kepada desakan beberapa pihak supaya Ketua wanita Umno itu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti bagi melicinkan proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap isu NFC.

Beliau turut berkata, geran bernilai RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat tersebut bukan diperuntukkan secara percuma, sebaliknya ia adalah satu bentuk hutang yang perlu dibayar.

"Selain itu, NFC, sama seperti lima atau enam syarikat lain, mereka turut bertanding untuk mendapatkan tender di mana mereka akan membuat pembentangan atau taklimat dan hanya syarikat terbaik sahaja yang terpilih.

"Tambahan pula, syarikat tersebut mendapat kelulusan projek dari Kementerian Pertanian (dan Industri Asas Tani) dan bukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dipegang oleh Shahrizat," katanya.

Beliau turut menegaskan, jawatankuasa NFC juga telah memutuskan bahawa Shahrizat tidak ada kaitan dengan syarikat tersebut.


Info :

Sinar Harian

http://www.sinarharian.com.my/politik/umno-sharizat-tidak-perlu-letak-jawatan-1.23040


Panglima : Inilah yang perlu dilakukan oleh pemimpin UMNO / BN demi mengelakkan masalah yang tidak sepatutnya timbul dalam UMNO.

Kenyataan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan di atas, sangat kena dengan situasi sebenar yang berlaku tanpa dibayangi agenda tertentu melainkan untuk memastikan persiapan menghadapi PRU 13 tidak akan terjejas.

Sepatutnya lebih ramai memberi pandangan menyokong Ketua Wanita UMNO agar tidak meletak jawatan. Bukan sebaliknya.

Kuasa dan kehebatan jentera sayap parti Wanita merayu undi dalam PRU atau PRK tidak dipertikaikan lagi dan serangan menggunakan 'peluru' NFC terhadap Ketua Wanita UMNO adalah agenda tersembunyi mereka untuk melemahkan tulang rusuk UMNO walau jelas ia datang tanpa bukti yang kukuh untuk mengaitkan Shahrizat dengan salah laku yang dilontar oleh Pakatan.

Sebelum ini Panglima sendiri sudah beberapa kali mengutarakan perkara yang sama di sini sekaligus untuk memastikan tiada tekanan dibuat kepada YAB Perdana Menteri dalam hal ini.

Mendesak Ketua Wanita meletakkan jawatan bagi Panglima adalah tidak wajar dan sepatutnya peluang membela diri dan penyiasatan diselesaikan terlebih dahulu sebelum sebarang kenyataan atau desakan dilakukan.

Dalam masa yang sama pandangan lain juga dihormati dalam memberi teguran membina demi kebaikan UMNO dan Barisan Nasional.

Sekian,mohon disebarkan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate