Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Mac 2012

Checkmate : Selangor Tolak Desakan Tubuh Suruhanjaya Pasir Demi Selamatkan KRONI ? Cc @NajibRazak


SHAH ALAM, 15 MAC : Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim menolak gesaan pemimpin UMNO untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat secara telus skandal curi pasir yang berlaku di negeri ini. 

Sebaliknya menurut Teng, jika pemimpin UMNO mahupun sesiapa sahaja mahu tindakan perundangan dikenakan ke atas mereka yang terlibat dalam skandal pasir di Selangor, mereka bolehlah melaporkannya kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Sebenarnya saya terkilan dengan kejahilan mereka (pemimpin UMNO) terhadap proses siasatan. Sebenarnya, peranan Suruhanjaya Diraja itu juga sama dengan Selcat dimana ia hanya diberi kuasa untuk memanggil saksi bagi memberi keterangan.

"Kuasa untuk membuat siasatan jenayah itu adalah di tangan ekskutif. Sekiranya mana-mana pihak termasuk orang-orang UMNO ini yang mahukan siasatan dan tindakan susulan sepatutnya membuat laporan kepada polis untuk membuat siasatan jenayah, sebab institusi untuk menyiasat dan mendakwa adalah di tangan eksekutif yang dilaksanakan oleh polis dan SPRM," katanya memberitahu AntaraPos.com. 

"Hanya mereka yang ada kuasa untuk menahan orang, menangkap orang, merampas barang kes," tambahnya. 

Teng berkata demikian bagi mengulas desakan pemimpin UMNO agar kerajaan Selangor segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat secara telus skandal curi pasir yang berlaku di negeri itu.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Md Salleh Ungku Jamal hari ini mendakwa kerajaan Selangor gagal menyelesaikan kes penyelewengan pasir walaupun sesi inkuiri dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

"Mereka (Selcat) tidak berani dedahkan hasil siasatan. Hingga hari ini mereka dakwa semuanya masih dalam siasatan. Jika Pakatan Rakyat benar-benar ikhlas mereka boleh tubuhkan Suruhanjaya Diraja agar rakyat dapat kebenaran yang berlaku dan mereka tidak lagi berasa tertipu.Walaupun sudah tiga tahun isu ini masih tiada penyelesaiannya. Selcat hanya beri alasan semuanya masih dalam siasatan," katanya.

Katanya lagi, sudah tiba masanya satu pasukan petugas khas yang dianggotai oleh pihak yang tidak mempunyai kepentingan dengan kerajaan negeri seperti Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi menyiasat penyelewengan pasir di negeri ini.

http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WmbJlh

Dulu Pembangkang yang selalu desak Suruhanjaya Diraja seperti isu terbaru SBPA dan ia diterima oleh Kerajaan.

Hari ini apabila isu pasir diminta untuk ditubuhkan maka pelik pula apabila mereka enggan mengadakan Suruhanjaya Diraja.

Maka layakkah puak seperti ini diberikan kuasa lagi walaupun sudah jelas memutar belit perkataan apabila terkena batang hidung sendiri ?

Tolak Pakatan selamatkan Malaysia...


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate