Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Mac 2012

CINA BOLEH BERUBAH SOKONG BN BILA-BILA MASA - Datuk Yap Pian Hon

Ketua Penerangan BN Selangor yang juga merupakan seorang pengunjung tegar kedai-kedai kopi di sekitar Serdang, Datuk Yap Pian Hon berkata, masih ramai pengundi Cina tidak membuat keputusan untuk mengundi BN atau pembangkang.

''Keadaan ini disebabkan oleh nilai kehidupan tradisi masyarakat Cina sendiri di mana mereka akan membuat penilaian berterusan ke atas persekitaran semasa.

''Kemenangan BN juga amat bergantung kepada kemampuan parti komponennya termasuk MCA untuk melawan propaganda pembangkang yang mahu meracuni minda pengundi Cina," katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 2006 umpamanya, sebahagian pengundi Cina didapati beralih sokongan kepada parti pembangkang membolehkan DAP mencatat kemenangan di enam kerusi, tetapi sokongan kepada pembangkang bagaimanapun dilemahkan semula pada Pilihan Raya Umum 2008.

Trend pengundi Cina yang sukar diramal turut ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil. MCA umpamanya mendakwa pengundi Cina lebih cenderung menyokong BN dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu pada Januari 2009; tetapi ketika pilihan raya kecil di Bukit Gantang pada April 2009 pula, pengundi Cina pula beralih kepada pembangkang.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008 pula, boleh dikatakan undi Cina beralih secara besar-besaran kepada pembangkang, pengaruh DAP berjaya diperluaskan ke Sabah malahan di sesetengah tempat di utara Johor, negeri yang merupakan kubu paling kuat BN.

Keadaan ini adalah berbeza dengan Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004 sebelum ini yang memperlihatkan sokongan DAP merosot ke paras terendah.

Keputusan-keputusan pilihan raya tersebut menampakkan wujud trend undi secara kolektif yang jelas di kalangan pengundi Cina yang tidak terbatas oleh sempadan negeri, tetapi hala tuju undi tersebut adalah berubah-ubah dan amat sukar diramalkan.

Sememangnya jika dibandingkan dengan kebanyakan pengundi Melayu yang merupakan penyokong setia kepada sesebuah parti adalah sukar digugat, keadaannya adalah berlainan di kalangan pengundi Cina yang mana sokongan mereka boleh berubah setiap hari.

Mungkin disebabkan oleh sikap atas pagar kebanyakan pengundi Cina ini, tiada mana-mana parti berasaskan masyarakat Cina sama ada DAP, MCA mahupun Gerakan mempunyai keyakinan penuh untuk menang di satu-satu kawasan.

Pian Hon berkata, walaupun para penganalisis berpendapat undi Cina masih cenderung kepada parti pembangkang tetapi hakikatnya keadaan itu boleh berubah pada bila-bila masa bergantung kepada persekitaran semasa.

''Perlu diingatkan bahawa sejarah menunjukkan pengundi Cina merupakan penyokong setia kepada Perikatan atau BN selama ini, peralihan undi Cina secara besar-besaran ke arah pembangkang hanya berlaku dua kali iaitu pada 1969 dan 2008.

''Apa yang penting ialah setiap isu yang membelenggu pengundi Cina perlu diperjelaskan oleh BN satu demi satu," katanya.

Tidak dinafikan bahawa gagasan 1Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta sikap lantang bersuara Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah menghasilkan impak positif di kalangan pengundi Cina, namun sejauh manakah ia akan membantu kemenangan MCA masih menjadi satu persoalan.

Kunci kepada persoalan tersebut bergantung kepada kemampuan parti-parti politik berkenaan untuk mempengaruhi dan menarik sokongan kumpulan atas pagar yang mana undi mereka tidak menentu dan boleh berubah pada hari mengundi itu sendiri.


Baca artikel penuh di sini

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm


Jika pengundi Cina undi BN mereka akan dapat balasan atas sokongan yang diberikan.

Jika mereka memilih DAP maka mereka juga akan menerima segala akibatnya.

Walaupun kita sedar mereka tidak boleh dipaksa menyokong siapa sahaja yang mereka suka.

Pilihlah yang terbaik dan yang lama bukan bermakna tidak baik dan perlu ditukarkan.

Berapa banyak yang baru lebih mudah rosak berbanding yang lama yang dijaga dengan baik tanpa merosakknnya.

Jom berfikir dan  memilih terbaik sebagai pemimpin kita walau sederhana saja luarannya.

Sent from my Samsung Galaxy Tab

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate