Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Mac 2012

Gambar-Gambar Kereta Panglima Yang Rosak Teruk Akibat Kemalangan Sabtu Lalu










Sebentar tadi Panglima baru pulang dari bengkel baiki kereta di KL tempat kereta Mazda Cronos V6 Panglima disimpan selepas kemalangan.


Kereta yang dibeli dengan harga 19 k dengan kawan yang menjualnya kerana memerlukan wang, mungkin tidak lagi boleh digunakan kerana 'total lost' menurut syarikat bengkel yang ditemui tadi.

Namun penilaian terakhir akan diputuskan oleh insuran katanya dan moga ada rezeki lagi untuk memiliki kereta yang sebaik kereta tersebut walau murah sahaja harganya.

Kereta tersebut dibeli menggunakan loan peribadi dengan Bank Rakyat dan masih panjang tempoh bayar balik pinjamannya. 

Meskipun kerosakan teruk, Panglima merasa sangat bersyukur kerana dipelihara Allah tanpa sebarang kecederaan dan patah tulang. Hanya terseliuh jari kelingking sahaja.

Lebih syukur apabila Panglima masih lagi mampu mencurah idea di alam maya demi memastikan alif ba ta tetap terpelihara sehingga selamanya.

Terima kasih kepada sahabat maya yang rajin doakan Panglima. 

Oh ye tasbih juga telah ditemui kembali dalam kereta tadi, tidak hilang walau ia bernilai tinggi di sisi ahli zikir namun tidak dipandang oleh ahli kikir.

Tasbih kayu koka Panglima jika dijual harga pasaran masih mencecah RM 200 - 300 dan syukurlah ia tidak dicuri walau tidak ditemui semasa malam kejadian.Lihat gambar tasbih ditemui sebelah kasut anak panglima.

Ada orang sanggup membeli handphone 2 ribu ringgit namun tidak pula sudi mengeluarkan duit untuk tasbih berharga hanya dua ratus ringgit.

Berkat khatamanNubuwwah juga barangkali (lihat gambar atas roadtax) yang menjadi asbab perlindungan Allah kerana tulisan cop mohor Kenabian Nabi yang terukir di belakang badan baginda, ada dilekatkan di cermin kereta sebelah kiri, dengan niat memohon tabarruk (ambil berkat) cop kenabian Nabi kita bukan untuk syirikkanNya.

Konsep tabarruk hanya ditolak golongan bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja (baca : wahabi). Seperti ayat quran yang digantung di rumah juga berdasarkan konsep yang sama.

Sekali lagi segala puji bagi Allah atas keselamatan dan perlindungaNya kepada kita dan mari kita selalu memohon perlindungan Allah dari gangguan Jin dan manusia dengan banyak berzikir dan berselawat kepada kekasihNya. Amin.

Wassalam.

4 ulasan:

Aliffnajmi berkata...

Salam takziah. Setiap dugaan Allah pasti ada kikmahnya.
Semoga Allah terus memelihara kita, InsyaAllah.

Jeepers Creepers berkata...

insyallah panglima akan mendapat kereta yang lebih baik nanti.

C L J berkata...

Alhamdulillah ....
Syukur Panglima selamat...

Panglima Perang Cyber berkata...

tq sahabat semua. amin doa anda.

Cari Blog Ini

Translate