Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Mac 2012

Gambar : Temuramah Akhbar AlYoum Mesir Dengan Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Selawat salam ke atas Nabi Junjungan kita Muhammad saw dan juga kepada keluarga baginda yang dikasihi kesemuanya.


Akhbar Alyaoum Mesir telah menyiarkan satu mukasurat penuh wawancara dengan Tun Mahathir Mohamad pada 28 Januari 2012 halaman 9. Keratan akhbar ini telah disampaikan kepada Panglima pagi tadi untuk diterjemah.


Antara isu yang disentuh dalam wawancara tersebut seperti isu demokrasi di Malaysia, perdagangan antarabangsa, matawang emas, pendidikan, konsep ilmu dalam Islam, selain isu Syiah di mana Tun Mahathir menegaskan bahawa Malaysia mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah bawah mazhab Imam Syafei.


Selain itu Tun Mahathir juga menerangkan bahawa Malaysia ialah negara Islam manakala agama lain dibenar diamalkan dengan bebas mengikut perlembagaan.


Ketibaan keratan akhbar ini tepat pada masanya kerana ketika ini heboh isu kononnya Tun Mahathir menolak Hudud. Sedangkan perkataan beliau sebenarnya tidak difahami.


Lebih memalukan Ustaz Azhar Idrus juga tidak menjawab soalan ahli Pas isu tersebut apabila tidak mengkafirkan Tun Mahathir kerana tahu adalah sangat bahaya mengkafirkan seseorang yang tidak kafir.


Rujuk artikel Panglima yang dihurai panjang lebar semalam.


Harap PAS akan sedar bagaimana suara mantan Perdana Menteri kita semakin hebat hingga ke dada akhbar negara Arab lubuk ilmu-ilmu Islam seperti Mesir yang mempunyai institut tertua di dunia bernama Al Azhar.


Wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate