JIKA NABI 'ISA YAHUDI MAKA KRISTIAN TIDAK WUJUD
Nabi 'Isa 'alaihissalam dan Nabi-Nabi lain yang sebangsa dengan Baginda; 'alaihimussalatu wassalam, bukan dari kalangan Yahudi walaupun mereka berbangsa Bani Israel.
Yahudi bukan pengenalan satu-satu rumpun bangsa tetapi ianya adalah satu bentuk carahidup berideologi atau kepercayaan kesukuan 'asobiyyah suku kaum tertentu dalam Bani Israel yang sempit yang dicampur-aduk dengan kepercayaan khusus Agama Yahudi yang telah memalsukan Kitab Taurat / Torah, atau, mereka yang berpegang kepada kepercayaan terhadap salah satu dari 2 jenis nilai kepercayaan tersebut, yakni samaada; menegakkan faham kesukuan 'asobiyyah Bani Israel ataupun menegakkan Agama Yahudi yang mengikuti Kitab Taurat yang dipalsukan oleh suku Yahudi.
Jadi ada 3 ras utama yang wujud di dalam Agama Yahudi itu. Kesukuan 'asobiyyah Bani Israel yang sudah tua itu sentiasa berubah-ubah di segi penjenamaan dan keterampilannya dari masa ke semasa dalam tempoh yang panjang sekitar 5,000 tahun tetapi kesesatan dan kekafirannya adalah tetap pada zat kandungan dan intipatinya. Keterampilannya dan jenamanya telah menjadi bermacam-macam jenis kepercayaan kepuakan yang sempit yang berhaluan kanan atau kiri.
Disinilah kita dapat melihat kebenaran dan ketepatan pada penjelasan yang ada di dalam Al-Qur'an Al-Hakim maupun lidah RasuluLlaah sallAllahu 'alaihi wassalam yang mulia dan sempurna yang amat piawai dalam membedakan di antara Yahudi dan Bani Israel. Sabda Nabi sallAllahu 'alaihi wassalam tentang perpecahan firqah golongan Ahl Kitab contohnya tidak menama pecahan firqah itu keatas golongan Yahudi tetapi keatas Bani Israel.
Baca lagi di sini
Sent from my Samsung Galaxy Tab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan